Friday, July 09, 2010

Ayam Sambal Mabeles

Hari ni macam biasa, lauk ayam mengikut citarasa sendiri. Namanya pun mabeles, dah gerenti sedap pd anak tekak ni....style dan rasanya lbh kurang ala2 Kam Heong gitu.... perencahnya beraroma itu benar2 memikat selera apatah lagi si tukang masak tu sendiri. ..hehe...hmmmm...mmg wangi dapurku semasa menumis bersama daun kari ...tak sabar rasanya nak makan!!...hehe. Selain ayam, ketam, udang, lala, sotong dan sebagainya pun sesuai dimasak dgn menggunakan perencah yg sama. Yang bestnya, hari ni mr hubby sempat lunch di rumah. Berselera sungguh nampaknya sampai menambah nasik...mana taknya, selain ayam dan sayur, tempoyak pedas pun ada sekali...hehe...rasa penat pun hilang....

Jom masak2!

Ayam Sambal Mabeles

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka, dibersihkan dan digoreng mcm biasa hingga masak)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan serbuk kari (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 inci belacan bakar (ditumbuk)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • sedikit garam, gula dan air asam jawa
Bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 batang serai
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 tangkai cili merah
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 mesin hingga terbit bau.
  2. Masukkan daun kari, pes kari, belacan dan udang kering. Tumis lagi hingga pecak minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap masin, kicap manis, garam dan gula secukup rasa. 
  4. Masukkan ayam yg sudah digoreng dan sedikit air. Gaul2kan hingga rata. Masukkan sedikit air asam jawa.
  5. Setelah kuahnya pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kek Cantik Marie


Salam...
Kepada Noorki yg meminta resepi kek Cantik Marie, akak kopipes resepinya dlm entri ini yer. Akak tak pasti noor dah jumpa ke belum resepi ni sebelum ni. Harap dapat membantu. Kepada yg berminat nak cuba resepi kek ini, silakan yer. Gambar kek ni adalah gambar lama. Gambar baru kena tunggu dulu...hehe. Selamat mencuba!

Bahan-bahan : loyang 7" x 7"
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 250 gm marjerin (mentega pun boleh)
  • 1/3 cawan milo
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sdt esen vanilla
  • 2 sb browning sugar/gula hitam (kalau xde, boleh guna 1 sb coklat emulco)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan susu pekat manis (boleh lebihkan sedikit kepada 3/4 cawan)
  • biskut marie secukupnya
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung. (elok lapik dgn kertas minyak macam dlm gambar di bwh ni supaya senang nk keluarkan keknya). Ayak tepung bersama koko dan milo. Gaulkan rata2.
  2. Pukul marjerin/mentega dgn gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati dan masukkan sebiji lagi telur dan pukul sebati. Ulangi sampai habis.
  4. Masukkan susu. Putarkan lagi sehingga rata.
  5. Masukkan gula hitam (refer gambar atau kalau nak belajar buat sendiri boleh refer di sini) atau boleh juga guna coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung perlahan2 sambil diputar.
  7. Akhir sekali masukkan esen vanilla.
  8. Tuangkan 3-4 senduk nasi utk lapisan pertama dan susunkan biskut marie di atasnya. tutup dgn kertas foil dan kukus selama 5-7 minit.
  9. Ulangi langkah 8 hingga habis. Untuk lapisan yang terakhir, x perlu letak biskut marie. Kemudian kukus lama sedikit selama 1 jam atau sehingga masak (tekan2 sedikit (tapi jgn terlalu kuat) lapisan yg tlh dikukus dgn senduk/sudu sblm melapis utk lapisan seterusnya)
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
**untuk resepi asal boleh rujuk di sini atau di myr.