Tuesday, May 04, 2010

Udang Masak Merah Berempah

 

Baru balik dari padang pasir ni. Lidah pun dah x berbelit2 dah...boleh sebut dgn betul...heheh. Hari ni seperti biasa, masak dan masak. Masak apa2 yg patut utk keluarga especially utk anak2 yg suka makan mcm2. Antara lauk yg dimasak ialah ikan merah, tauhu tempe sambal, sayur bayam rebus (hahaha...) dan of course lauk kesukaanku, udang masak merah berempah. Surprisingly, si kecik pun dah pandai makan udang stail berempah...asik2 menambah jer dgn kuah2nya sekali. Sedap ler tuu...hehe.


Actually, dah selalu sgt masak stail gini tetapi terlupa nak share resepinya dgn anda semua. Bukan apa, ingatkan dah letak resepinya di sini...check punya check dgn bantuan pakcik G, tak adalah pulak...hehe. So, inilah resepinya yer. Sedap dan mabeles!

Udang Masak Merah Berempah

Bahan-bahan :
  • 500 g udang basah (dibersihkan dan digaulkan dgn sedikit garam)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak utk goreng terendam. Goreng udang selama 2 minit. Kemudian angkat dan tuskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan2 mesin bersama daun kari hingga wangi.
  3. Satukan serbuk kari, cili kisar, sos tomato, jintan putih dan serbuk ketumbar di dlm satu bekas. Bancuhkan dgn sedikit air utk dijadikan pes. Kemudian, tumiskan bersama bahan2 mesin tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  5. Setelah kuahnya sedikit pekat, bolehlah dimasukkan udang tadi. Gaul2kan hingga rata.
  6. Hidangkan setelah masak.

Spinach Fatayer (Resepi Mudah)



Ini fatayer bikin hati ana gundah gulaana....malam tadi buat lagi daaa....



Ini resepi versi ana lah..ikut selera tekak ana laah...kalau tuan-tuan dan fuan-fuan mahu cuba, tidak afa lah....hahaha....sejak balik dr padang pasir ni, susah sgt nak betulkan lidah ni balik..sabar jer la yer....sekali sekala berseloroh, ye tak??? hehehe...jom layan resepi! Jangan fening2!...hehe

Spinach Fatayer

Bahan-bahan : (8-10 keping)

utk doh :
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sk yis mauripan
  • 1 sk gula
  • 1/2 sk garam halus
  • 125 ml air suam
  • 3 sb minyak sayuran
Untuk Filling :
  • 250 g bayam segar (dibersihkan dan dihiris halus2)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 1/2 sk serbuk cili / serbuk lada sulah (jika suka)
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • 1-2 sudu makan jus lemon (boleh adjust sendiri)
  • 1-2 sudu makan minyak zaitun
Lain2 bahan utk sapuan : telur + sedikit susu segar (satukan kesemuanya. Kacau sebati)
Cara-cara :  
  1. Rendamkan yis bersama air suam dan gula sehingga berbuih. 
  2. Satukan tepung bersama garam dan minyak sayuran. Kemudian tuangkan yis tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin. 
  3. Simpan doh di dlm satu bekas besar dan tutup dgn kain lembab atau cling wrap. Rehatkan selama 1 jam (sementara itu, buatkan bahan utk filling - gaul2kan kesemuanya). 
  4. Kemudian bahagikan doh kpd 8-10 bahagian. Bentuk2kan bulat. Kemudian, leperkan. Masukkan inti bayam ke dalam adunan tersebut dan tutup kemas. Sapukan telur di atasnya.
  5. Boleh KLIK DI SINI utk lihat langkah demi langkah. 
  6. Bakar doh yg telah siap selama 20-25 minit pd suhu 190-200C.

Kulit fatayer ni tetap lembut walaupun dah sejuk.