Saturday, February 09, 2013

Ayam Kicap Berempah dan Berkerisik


Ayam Kicap Berempah dan Berkerisik
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 sudu makan kerisik
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!
***sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh. 

3 comments:

shahliza81 said...

em sedapnyer..tak pnah lagi masak ayam kicap buh kerisek ni..bleh cuba ni..

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer kak Dayang....anak fiza paling suka kalau masak kicap ayam atau sambal ayam..makan bertambah2...he he he

Nieda ramly said...

kalau ganti dengan daging pun sedap ni..