Monday, July 02, 2012

Gula Hitam/Browning Sugar (homemade)


Gula hitam atau browning sugar ni adalah bahan penambah perasa dan pewarna pada kebanyakan kek Sarawak samada kek2 kukus mahupun yg dibakar. Antara kek yg sentiasa memerlukan gula hitam ialah kek Hati Parek, Kembang Melati, Hitam Manis, kek Belacan, kek Pilih Kasih, kek Batik Jawa, kek Batik Rintik, Kek Holiday Inn(kukus), dan banyak lagi. Di Sarawak, gula hitam ni biasanya dijual siap dlm botol dan yg paling kecik ialah seberat 75g. 

Kalau susah nk dptkan bahan ni, boleh je buat sendiri di rumah ye. Kalau tak silap ada satu lagi bahan gula hitam ni yg ada dijual di pasaran, Black Treacle. Yang tu pun boleh guna gak. 

Apa2pun terima kasih HaSue atas kesudian berkongsi resepinya. Kalau nk tengok step nya, bolehlah jenguk ke myr. 

Jom semak resepinya.... :)


Browning Sugar/Gula Hitam (homemade)
by : Hasue
source : DayangJack

Bahan-bahan ( +- 1 Botol Browning Sugar yg dbeli(140g) )

1 Cawan Gula Pasir
2/3 Cawan Air Panas Mendidih

Cara-cara
  1. Panaskan periuk menggunakn api sederhana..masukkan gula pasir.Biarkan sehingga gula mula hangus dbahagian tepi..jangan kacau dulu, perlahankan sedikit api jika perlu.
  2. Setelah gula mula mencair hampir keseluruhan,mula mengacau (mcm kacau dodol) kacau cepat2 sikit ye..sehinggalah gula berbuih keseluruhannya dan mula memekat.
  3. Sukat air panas ke dalam cawan-2/3 cawan(air ni mesti yg baru atau sedang mendidih).Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam gula hangus td sambil sebelah tgn mengacau..(Sila gunakan senduk yg agak panjang utk mengacau ye..JANGAN guna sudu mkn sbb karamel akan tpercik2 sedikit ketika ini..kena hati2 ler.hee)
  4. Setelah berbuih keseluruhan sekali lagi,bolehlah padamkan api tetapi teruskn mengacau untuk seketika.
  5. Sejukkan Browning terlebih dahulu sebelum disimpan ke dlm bekas kedap udara dan sedia utk dgunakan bila2 masa.(Kacau lg sebelum disimpan)Tahan dsimpan lama,tidak perlu dsimpan dlm peti sejuk.

11 comments:

ibh_sue said...

Tq Kak Dayang. Bertambah lg ilmu masak sue.
Hari ni sue asyik terfikir nak wat kek lapis ja...Tp mood rajin tu ja x mari lg. :)

Shikin said...

salam. warna dia mmg akan jadi hitam mcm tu ke?

IeRA said...

Salam kak...

agak2 berapa lama boleh simpan browning ni Kat luar? ke kena simpan dalam peti ais

DjDayang Jack said...

@ibh_sue
sama2..hehe...

samalah mood kita ni kan..kdg2 ok kdg2 x ok..

DjDayang Jack said...

@Shikin
w'salam...

a'ah...kacau lama sket sampai jd kaler itam..tp jgn terlbih limit...nanti terlalu pahit pulak rasanya...dpt yg brown2 sket tu jadilah :)

DjDayang Jack said...

@IeRA
x perlu simpan dlm peti ais, simpan dlm bekas kedap udara je...boleh bertahan lama...

siti hafsah omar said...

Salam dj.....hari tu buat kek puteri dangdut pakai browning sugar beli punyer....kek jadi masin.....kena try buat sendiri nampaknyer...thanx for the recipe

sury_masury said...

salam kak dyg,kmk makei black treacle mun malas nk mlh gula itam ya..tpi yalah sama tpi x serupa..x dpt melawan gula itam kita d swak..:-)

Nuwairani Ismail said...

terima kasih kak DJ...akhirnya terjawab juga persoalan. pasni tak risau dah kalau nak buat kek lapis yang guna browning sugar ni.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Hello kak dearie! Apa khabar? Haih lamanya tak kemari!!! So delish looking browning sugar...feel like dipping my finger in...:)

kakbesah said...

salam DJ, kt semenanjung ia dipanggil 'gula hangus'. oh! rupenye org Sarawak sangat minat dgn kek ye. berbagai2 jenis n unik plak namenye.. hehe..(aduss, malu nk ckp, akk ni blom prnh ke Sarawak..huhu..