Thursday, July 05, 2012

Chocolate Cheesecake

Sejak dua menjak ni teringin sgt nk makan kek coklat cheese. DJ dah fikir banyak kali dah, nak buat ke tidak. Berat badan dah semakin naik & rasa2nya mcm dah kurang inisiatif nk reduce fat...hmm..biar jelah dulu. Mana tau lepas ni nak slim down balik kan...hehehe. 

Baiklah...kita tinggalkan dulu permasalahan diri sendiri. Dah ada ramai teman2 FB yang ternanti2kan resepi kek coklat cheese ni. Resepi lbh kurang sama je dgn resepi2 marble cheesecake yang ada dlm internet ni. Ramai juga yg dah mencubanya. Time raya mmg wajib ada kek ni ...tp tu lerr..x sampai 2 raya dah pun lesap...hahaha...kdg2 x sempat nk hidangkan pada tetamu pun...sabar je lah... :D

Lepas kehilangan nota resepinya tempoh hari, DJ mintaklah resepi ni dari SIL. Mujur ada. Tapi DJ dah edit dan ubah suai sket mengikut citarasa. Buat adunan untuk loyang 6 inci jer. Cukuplah utk makan kami 4 beranak. Tapi si boboy x minat sgt dgn kek yang ada cheese ni. Dia cuma minat meratah cheesedale  je...heheh.

Memang sedap sangat kek coklat cheese ni...rasa mcm x cukup je buat seloyang kecik tu...mmg tak cukup punn....huhu.

Jomlah semak resepinya ye. Berminat, bolehlah cuba.... :)

Chocolate Cheesecake (versi I)
resepi : DayangJack

bahan-bahan :

Lapisan Coklat :
  • 115g tepung gandum (diayak)
  • 30g serbuk koko (diayak)
  • 125g mentega
  • 2 biji telur A
  • 150g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Cheese :
  • 300g krim keju
  • 1 biji telur
  • 60 g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum 
Cara-cara :
  1. Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali masukkan serbuk koko dan tepung. Putar hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang. Ketepikan. 
  2. Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang adunan coklat tadi. Ratakan. 
  3. Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. DJ bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1 jam. (boleh juga dikukus)  
Gara-gara mengidam nak makan ciskek lagi, DJ buatkan lagi dengan versi lain pulak tp bahan-bahannya masih lbh kurang sama je dengan versi I tu. Bezanya ialah tekstur lapisan coklatnya. Mungkin disebabkan teknik mengadunnya kot dan juga penggunaan tepung kek. Lagi moist dan lembut je. Tapi kedua-dua versi ni sama sedap dan paling DJ suka ialah versi II ni. Heaven!! 

Cuma tu la kan...kek yang ada cheese ni mmg takleh nak layan selalu...nanti susah hati pulak...faham2 je la ek..heheh

Ok jom kita semak resepinya...

Chocolate Cheesecake (versi II)
resepi : DayangJack

bahan-bahan : 

Lapisan Coklat :
  • 125g tepung kek
  • 125g mentega
  • 2 biji telur A
  • 150g gula kastor
  • 30g serbuk koko (dibancuh dengan 100 ml air suam)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Cheese :
  • 300g krim keju
  • 1 biji telur
  • 60 g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum
Cara-cara :
  1. Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali masukkan bancuhan koko dan tepung. Kacau sebati dengan spatula. Masukkan ke dalam loyang. Ketepikan. 
  2. Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan cheese ke dalam loyang adunan coklat tadi. Ratakan. 
  3. Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. DJ bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1 jam. (boleh juga dikukus)  Selamat mencuba!
***gandakan adunan jika menggunakan loyang 7 inci ke atas.
***tepung kek boleh digantikan dengan 3/4 cawan tepung gandum + 2 sudu besar tepung jagung (ayak bersama)
***kek ni sedang-sedang manisnya. 
***lepas bakar, biarkan ia sejuk terlebih dahulu(terutama lapisan cheese) sblm dipotong. 
***alaskan loyang dan sekeliling loyang dengan baking paper jika suka. 
***sila adjust kepanasan suhu oven sendiri ye, kalau terlalu panas, nanti rentung pulak lapisan cheesenya.
***jika suka, boleh buat 3 layer, coklat-cheese-coklat
***kalau susah sgt nk meratakan adunan cheese dgn sudu, sila guna piping bag/pastry bag jika ada.

UPDATE :
- kek ni kalau dikukus boleh, kukus lapis demi lapis. Lapisan coklat lbh kurang 20 minit dan lapisan cheese 20-25 atau hingga masak. Cucuk dgn lidi satay atau cake tester utk tentukan kek dah masak atau belum.
- versi bakar pulak, boleh dibakar layer demi layer jika takut adunan cheese tu jatuh. Bakar lapisan coklat selama lbh kurang 7-10 minit dgn suhu 160C atau hingga adunan dah tak cair. Kemudian bolehlah dilapiskan dgn lapisan cheese dan bakarlah sehingga masak. untuk info, DJ bakar sekali jer. Tuangkan lapisan coklat, kemudian DJ letak/pancitkan adunan cheese di atasnya perlahan2 dgn menggunakan pastry bag/piping bag. Kemudian barulah dibakar hingga masak. Harap jelas ye info ni. Trm ksh sudi singgah dan tinggalkan jejak anda d sini.  ^__^




31 comments:

inazamri said...

macam senang nak buat..teringin nak cuba la.Mg saya yakin resepi dari blog ni gerenti sedap

rahel said...

Maeti sedap ni..sure tak cukup kalau buat dlm loyang kecik..hihi..

EvisuKyme said...

sedap nih!!kena test ni khas utk besdei saya esok...yes!yes!yes!thank kak DJ....

http://evisuakhil.blogspot.com/

Gee® said...

Adoyaiiii....k.gee sgt terguda...

Amie said...

Selamat pagi DJ,
sungguh memikat selera & berhasrat ingin mencubanya.... sedap!

Asyifa Mustaffa said...

adoiii..bestnya...tergoda !
copy resepi ye kak....masuk list dulu ni...:)

Yatie said...

adoyaiiiii terliur sudah tngk kek yg mengoda jiwa ragaku ini...tq berkongsi resepi, pasti ku buat juga...

ummiakid-lily said...

sedapnya...thanks share resepi. Masuk list buat utk raya nanti...tergoda!

Outbound Training Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

FnF Simple Life said...

kek coklat ngn keju...aduhaiii...syedapppnye...

kakbesah said...

salam DJ, sedapnye cheese cake tu. akk memang suka sgt, tp asyek mkn yg org lain buat, my niece & my eldest son yg buat, sndiri blom prnah buat..huhu. tp, nk try gak lah coz respi DJ ni cam mudah je..hehe..

inahar ali said...

fuiyoo..best woo!! x tahan wehh kempunan akak..baik lariiiiiiiiikk!

Anonymous said...

ingat nak complicated sgt...awal2 akak tayang kat FB dah cakap mst susah step nak buat ni...sekali tgk resepi boleh tahan juga yer...nak try dan hrp2 mnjadi

Anonymous said...

Nak tanya 1 soalan,kalau membakar kek ne sekali bakar dgn cisnya kah?atau masak keknya dulu lps tu baru cisnye ke?sila jawap ya?ingin tahu.hehe..

Nora Karim said...

ala sedapnya... terliur la...

DjDayang Jack said...

@Anonymous
Dua2 kaedah pun boleh. Ikut suka. DJ letak dua2 sekali pastu baru bakar.

Engku Sharamiyah said...

wow... chocalate n cheese, mesti sedap nih! DJ izin copy respi yea TQ

anis_azlina said...

Kak DJ, klu kukus berapa lama & kukusa kedua2 sekali ke?

Anonymous said...

utk layer chesee t'sebut, coc. kek mesti dibakar/kukus dahulu? ini bermakna total choc. cake dibakar = 2jam. tak hangus ke bawah kek nanti. Chesee tidak akan cair?

LiYa HaNiF :: said...

dari dulu smpai skrng liya tul2 admire hasil masakan akk DJ nie... uwaaaa nape liya tak ada bakat masak cam akk hehe... tau makan je masak tak reti hehe...

DjDayang Jack said...

@Anonymous

sila baca dan faham resepi dulu ye cik/en. anon. tq

Nur Ilham said...

Nak bertanya, kalau kita bakar kek dan cheesecake asing2, mcm mane ye cara nak pindahkan cheesecake tu, sebab takde base?

Fadzillah said...

memang feveret choc cheesecake ni..beli kat pasar malam sepotong, berebut makan, memang tak cukup rasanya..lepas ni boleh la cuba resepi ni..terima kasih sudi berkongsi.. (^_^)

Aku Yus said...

wahhhh...sdap ni...tq kak DJ

Khai Adry said...

salam DJ... saya dah buat dah kek ni mmg sedap tapi saya ubah sikit bhg cheese tu ...saya guna 500gm cheese, 3 sudu tepung dan 2 biji telur ...tapi yang lain sumer sama ikut versi 2 tu ...mmg sedap ... sampai ader yang nak order ...boleh yer DJ izinkan saya guna resepi DJ tu yer ...halal dunia akhirat yer ...

siti sabri said...

Sedapnya..nk dkt puasa makin tambah tergoda plak rasanya bila tgk kek akak..

twins mom said...

salam,brapa lama kalau nak kukus?

ibuQ said...

ya ampun kak DJ...tergoda sy bln2 pose ni, sy da la giler cheese ni...hmmmm nice sgt!gud job!

Roslina Mohd Arshad said...

sy ni br dlm dunia masakan ni..nk tanya, klau nk bakar kek ni, nk kena guna api ats bwh ker, bwh sj..tima kasih... Dh tk sabar nk buat...

nawal said...

saya dah cuba..adik tlg buat..memg sedap..buat versi II..n saya dh kongsi resipi dgn kwn2 dlm fb...tq ye..harp halalkn resipi tu..tq

nawal said...

sedap..dh try buat..adik y buat..tq..halalkn ye resipi coz sya dh kongsi2 dgn kwn2 d fb..tq ..