Tuesday, February 07, 2012

Mee Jawa

Assalamulaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca budiman...

Semoga semuanya sihat dan ceria selalu ye. Adehh...dah malam2 gini baru nk tayang entri. Nak buat mcm mana kan. Ni je lah masa yg ada untuk DJ berblogging. Tp sakit hati btl lah dgn line tenet sjk dua menjak ni. Memang slow sgt. Nak upload gambar pun payah. Tu yg kdg2 DJ post je dulu menu makan2 ke FB. Bila resepi sudah update dari sini, barulah dpt link ke sana...huhuh. 

Apa2pun bersyukurlah dp x dpt blogging langsung kan..hehe. Byk lagi gambar makan2 yg terperap dlm folder. Nak kena hold dulu. 

Kita layan dulu resepi mee jawa ni ye. Dah lama plan nk buat sejak Along Roz tag DJ kat FB time Final Bolasepak antara Malaysia dan Indonesia tempoh hari....lps tu baru2 ni geng2 DJ asyik dok menyebut mi jawa dlm FB..adehh2..mmg xleh tahan dah. Nasib baiklah tak termimpi2...hehe. Maka semalamnya DJ on jugaklah projek menge'mee'. Pada mulanya suruh hubby beli tapau je psl malas nk masak....tp dia suruh buat sendiri pulak...hmm..btl gak tu..kalau buat sendiri lagi puas hati kan. Tapi kalau DJ duduk kat Srwk ni..hmm, rasanya main tunjuk je kot..sb mee jawa ni mmg femes amos kat sana. Sana sini belambak je org jual...heheh..apa boleh buat duduk kat hutan belantara ni...mmg payah lah daku nk mencari menda alah ni...huhuh. Kenalah buat sendiri gamaknya. 

Versi mee jawa ni lebih kurang sama rasanya dengan versi mee kari yang DJ selalu buat. Bezanya ialah mee kari DJ tidak menggunakan air rebusan daging atau udang. Selain tu, Mee kari DJ menggunakan kerisik bagi menambahkan lagi keunikan rasanya. Namun kedua2 versi ni mmg cukup menyelerakan dan tak rasa muak. Puas hatilah masak byk2. Satu famili suka...Alhamdulillah.


Jom lah eh kita semak resepinya mengikut versi DJ. Bahan2 maybe nampak byk kan tp sebenarnya senang je nk prepare...hehe. Yang penting, rasanya mmg mabeles!

Mee Jawa (my style)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 7-8 orang makan

Bahan A :
  • Mi kuning secukupnya (dicelur)
  • 400g daging lembu (direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis)
  • tauge (dicelur)
  • sawi (dicelur)
  • hirisan cili merah
  • telur rebus
  • udang basah secukupnya (direbus/digoreng)
  • hirisan daun sup
  • bawang goreng
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi secukupnya
  • lain-lain hiasan jika suka
Bahan B : Kuah
  • 300g keledek oren rebus (dikisar dengan air secukupnya)
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 3-4 sudu besar rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis,cengkih & pelaga) 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 labu bawang besar(dikisar) 
  • 7 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan tepung gandum/tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) - optional
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya 
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pes kari dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek kisar, air rebusan daging dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. 
  5. Masukkan bancuhan tepung gandum/tepung jagung jika suka untuk memekatkan lagi kuahnya.
  6. Jika terlalu pekat, tambahlah air panas.
  7. Setelah masak, hidangkan bersama bahan-bahan yang lain. 



11 comments:

cik cek said...

Sukanya Mee Jawa...suka makan..tapi tak penah lagi buat sendiri...mesti sedap ni kan...

Cekgu Maz said...

salam...adey sedapnyer....bukan mee jawa nie macam mee rebus ke? nampak bahan lebey kurang je kan....hehe sy memang xtau buat tapi makan tau plak..hehe musti try nanti2 nie...

DjDayang Jack said...

@cik cek

InsyaAllah sedaaapp sgt! try la ye. tq :)

DjDayang Jack said...

@Cekgu Maz
w'salam...
Sebenarnya mee jawa ni mmg ada byk versi. Sesetengah org tak menggunakan ubi keledek, air rebusan pulak ade yg menggunakan stok udang bg yg x suka atau x mkn daging, ade yg menggunakan serbuk cili, ade pula yg menggunakan serbuk kari, ade pulak yg guna tauchu, cili padi dsbnya mengikut citarasa masing2.
Yang ni kiranya mengikut citarasa DJ ye. All in one..heheh. Gabungan rasa mee rebus, dan juga mee kari.

Mat Gebu said...

Boleh tak kalau buat2 tak nampak?....hahaha...sabar jee lahh..

Yat Maria said...

DJ

ishhh pepagi dah nampak this mee. Sungguh la menyelerakan wlpn baru habis makan lontong semangkok!

AZLITA AZIZ said...

adoiii.... bila singah sini.. aje terus lapar perut ni..
sedapnya.. ita mmg suka makan mee berkuah ni..
nanti nak cuba versi dayang ni pulak!

Anonymous said...

salam dj,bak mai,semangkuk! lapar nih lum sarapan...psstt...bagi lbih udang tu ya!!!!...zila66 :)

Mas said...

wahhhh..mewahnya mee jawa tu kak...
mengeliurkan betoiii....

Gee® said...

adeihhhh....menjejes air lior k.gee dibuatnya...

Mama Scha said...

Perut lapar...tgk mee jawa nih terliur dibuatnye...huhu
Kak DJ jom share link..saya dah share akak