Monday, February 27, 2012

Kari Ayam BerYogurt

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya....

Menu hari ni, DJ buat kari ayam yogurt. Memang sedap sgt! Rasa pun tak muak bila bubuh yogurt. Lain-lain  sampingan ialah sambal belacan, ikan goreng dan sayu campur. 
Jom kita layan resepinya ye...tak dapat nk pot pet memanjang...ada haaaalll....heheh


Kari Ayam BerYogurt
resepi : Dayang Jack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam sederhana (dipotong kecil-kecil dan digoreng separuh masak)
  • 5 sudu besar rempah kari daging 
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis dan bunga lawang)
  • 3 sudu besar fresh yogurt / plain yogurt
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
  • sedikit hirisan tomato dan karot
  • ubi kentang secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara :

  1. Sediakan dan panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan hingga terbit bau. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis lagi hingga garing. 
  2. Rempah kari daging, rempah kurma dan serbuk cili disatukan di dalam satu bekas dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tumis tadi. Masak hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan ayam separuh goreng tadi bersama ubi kentang. Kacau sebentar dan masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih. 
  4. Masukkan pula yogurt dan bahan-bahan selebihnya. Kacau rata-rata. 
  5. Setelah masak, angkat dan hidangkan.


5 comments:

ibh said...

Sedapnya. . Tinggal tuk sue skit. . Heeeee

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam DJ.apa kabar?lama k.atie xsinggah disini.K.atie dtg bawak piring ni nk tapau lauk ayam :D

CitarasaKu said...

wah laparlah lihat kari ayam...ish cicah dgn roti petang petang sedap nie.

rahel said...

Kak Dayang..
mesti serasi banget dengan roti paratha ni...adoii..tak tahan tengok dah..

ogyep yummy mellow said...

good idea also... selalunya ogy guna yogurt bila buat masak kurma.. Pekat dan likat.. Very tempting yor curry..