Tuesday, February 21, 2012

Daging Kicap Kerisik Berempah

Assalamualaikum....

Yuhuuuu! I'm back!!...dah agak lama tak bersiaran kan. Apa khabar semuanya? Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ye. DJ baik2 aje. Cuma kebelakangan ini mood blogging agak berkurangan sket disebabkan hal2 yg tak dpt dielakkan. Apa2pun DJ sgt2 berterima kasih atas kesudian rakan2 blogger serta pembaca sekalian singgah dan meninggalkan jejak di DapurKu SaYang. 

Tak dapatlah nk berceloteh panjang buat masa ni ye. takut DC lagi...maklumlah, line internet ni dah agak suam2 kuku dah. Sabar jelah....huhu. 
Jomlah kita layan resepi daging kicap berempah berkerisik yg sungguh sedap ni. Mmg dah jd fav DJ sekeluarga sejak dulu2 lagi. Semerbak je baunya kalau masak. Gerenti puas hati. Jom!

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
  • rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3-4 sb cili giling
  • kicap manis/kicap masin secukupnya
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • 3 sudu makan kerisik
Bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka.
  5. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
  6. Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak.

9 comments:

kakna said...

selamat malam..
sedap kalau makan dengan nasi beriani.

wati said...

Dayang...mmg x sma., kne cuba jgk resepi dayang ni, sungguh mengiurkn....

Ummi said...

Assalam Dayang cayanggg....mmg terliur habis akak tengok minyak2 daging tu naik, lg menyelerakan..sedap jgk ni kalau ganding dgn nasi bukhari akak tu...next time akak selongkar lauk sini laaa bila nak ganding dgn nasi2 spesel gitu..hehe

Nina Mirza said...

Alamak ..... terliur lak Nina ;)
nak kena pi cari daging pass nie
hehehe...

Mas said...

hmmm..menyelerakan betoi tengok daging tu kak...

atnur @ Iza said...

yummy! favourite saya nie. saya suka apa² je yg berkicap. :D

myda_ahmad said...

nak mintak resepinya yea...

Wattie said...

Sedapnyaaaa

Naz / Nadz COSK said...

Kak Dayang, Naz datang bawak pinggan dgn nasi putih ni. Nak lauk daging tu jer..heheheh..