Thursday, December 22, 2011

Telur Rebus Goreng Masak Merah

Kalau ada biji gajus yg sudah dipanggang, boleh campurkan sekali dlm kuah merah ni. Sedaaaap!

Wahh! Tak sangka boleh update 2 entri hari ni....memang pecah rekodlah...hehe. Agaknya terlebih rajinlah tu. Bagus2!..ucap tahniah pd diri sendiri... :D

Alhamdulillah... hari ni DJ nak kongsikan satu lagi resepi mudah dan sangat2 menyelerakan. Dah lama tak buat telur rebus sambal kan. Sebenarnya siang tadi, DJ rasa keliru sket. Tak tau nak masak apa dgn telur yg sudah direbus tu. Ingat nk buat sambal jer, pas tu terfikir pulak nk dibuatkan kerutup tapi akhirnya...beginilah kejadiannya...cara apa sekalipun tetap sedap kan...


Ok, mari kita semak resepinya. Kalau bahan-bahan dah ada, sudi2kanlah mencuba resepi mudah ni ye. ^__^

Telur Rebus Goreng Masak Merah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 5 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
  • 1 cawan santan pekat / susu cair
  • 1 labu bawang besar sederhana saiznya (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sm halia (dikisar)
  • 1 sm lengkuas (dkisar) - optional
  • 1 senduk cili giling (-/+)
  • 1 sudu besar puri tomato / sos tomato
  • sedikit sos cili
  • sedikit kicap
  • sedikit sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos tomato/puri tomato, sos cili, sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan santan dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan ia mendidih hingga pekat. Tutupkan api.
  5. Masukkan telur dan gaulkan. 
  6. Bolehlah dihidangkan bersama nasi.

8 comments:

lina_pg said...

salam yang..sedapnya sambal telur tu ni kuah pekat2 lak..peberet budak2 kat umah ni kalau telur@ayam..kompom dapat sambutan.
Psstt..kalau senang sms addrs umah sat kat 013 kite tuh..019 tak guna dah..kite dah ilang no DJ..phone problem

Ely Hasrul said...

alaaa nyesal tgkkk dh tingin nk mkn.. huwaaa

p/s - cantek sungguh telo goreng tuh

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam DJ, wahh ada santan, segala sos..pasti rasanya mengancam tak mcm sambal biasa.

laskar pelangi said...

wahh..tak sangka kena ltk santan jugak:) nanti nak try lah..nampak mengiurkan..hehehe =)

Tina Othman said...

alahai sedapnya, selalu tumis gitu je tapi tgk resepi ni letak lengkuas ye, lain kali boleh lah cuba

NoorMasri said...

menarik !!

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Dayang...simple tapi sesekali layan lauk telur ni best gak....

Melissa Qhaleeda. said...

kalau bahan bahan yg perlu dikisar tu digantikan dgn tumbuk boleh tak?