Monday, November 21, 2011

Ayam Masak Merah dan Sayur Lemak Udang

adehh..tersakit mata plak nengok gambar ni...ahh! biarlah...malas nak edit..
nanti susah nk upload lg dgn masalah line connection yg asyik2 fail memanjang...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Kembali bersiaran....adeii..payahnya nak update blog skrg ni. Bkn malas ye...tp line internet agak tenat skrg ni...tambah lagi dgn keadaan cuaca x menentu...lagilah meragam. Sudahnya DJ update kat FB je la...huhu. 

Ok, malas nk citer panjang lebar ttg masalah tu...jom kita layan resepi ayam dan sayur lemak ni dulu k. Menu semalam. Saaaaangat sedap dan menyelerakan. Makan sampai menambah2....x larat dah...hari ni DJ terpaksa berdiet...mkn crackers n buah2an jek....hehe. 

AYAM MASAK MERAH
resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
* 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng macam biasa)
* 1-2 senduk cili giling (-/+)
* sos cili
* 2 keping asam gelugur 
* 1 labu bawang besar (dimayang)
* garam dan gula
* rempah 4 sekawan - optional

bahan-bahan kisar :
* 6 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lg hingga garing dan pech minyak.
  2. Masukkan sos cili, garam dan gula. Kemudian dimasukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan asam gelugur dan bawang besar. Kacau sebati.
  4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam goreng td. Gaul-gaul mesra. Hidangkan setelah masak.


SAYUR LEMAK UDANG
resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
* 10 ekor udang basah (dibersihkan dan digoreng terlebih dahulu)
* 1 batang serai (diketuk) - optional
* 1 keping asam gelugur - optional
* sedikit garam dan gula
* santan secukupnya - ikut selera masing-masing
* hirisan sayur campur (buncis, kobis, karot dsb)

bahan-bahan kisar :
* 4 biji cili api atau 2 tangkai cili merah(dibuang biji)
* 1 sudu makan udang kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 cm kunyit hidup (boleh juga pakai serbuk kunyit)
* 1 cm halia

Cara-cara :

1- Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga terbit bau.
2- Masukkan sayur campur, santan dan bahan-bahan selebihnya. Boleh tambah air jika perlu. 
3- Apabila sudah mendidih, barulah dimasukkan udang goreng tadi. Kacau sebati. 
4- Tutupkan api, dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dsbnya.

16 comments:

Sally Rashid (http://sally-rashid.blogspot.com/) said...

Tengok pun dah terasa sedapnya

Amie said...

adeehhhh.... ayam haiwan darat,udang haiwan laut...bertemu dalam 2 menu dihidang bersama....mantappp!!!

rahel said...

salam...emmm lapar pulak tengok lauk ayam masak merah tu...boleh bertambah-tambah nasik dlm pinggan..

ady said...

as-salam dayang
wah sedapnya ayam masak merah ni mabeles..:)2 menu yg lazat2..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak dayang cayang..
wah tgk menu akak nie mmg menyelerakan sungguh ler akak... ada udang.. ada ayam... sedapnya nie akak...

lee-za said...

sedap udang masak tu...my fav dish tu.... :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Dayang..Udang masak lemak dan ayam masak merah..emmmm dua-dua pun sedappppp

DJ said...

@Sally Rashid (http://sally-rashid.blogspot.com/)

terima kasih sudi singgah ye...nanti sy jejak balik. tqvm

DJ said...

@Amie
hehe...suke komen ni...mantappp!

tp mmg btl tu..sesekali mkn ayam dan udang ni mmg berselera dibuatnya... :)

DJ said...

@rahel

w'salam...

tengah memasak x sabar tunggu siap...perut pun dah berkeroncong...nasib baik sempat snap...hehe

DJ said...

@ady

w'salam...

thanks ady...mmg sedap sgt lauk ni. puas hati makan...hehe

DJ said...

@Diana @ Melley Mey

w'salam diana...

mmg, sampai akak xleh nk kontrol diet...ekeke

DJ said...

@lee-za

mmg sedap...my fav too... :)

DJ said...

@Sue @ Nenie

w'salam..

mmg match sgt kan...hehe. akak pun mkn bertambah2 sampai x hingat dunia...huhu

Anna Pisoon said...

kak DJ...kmk dah try dah resipi tok tp derhaka skit sbb pki sayur labu+suun....hehehehe..halal ye kak..tp mmg nyaman le kak..terbaek le resipi kak DJ tok...

raihan said...

resepi yg sedap kak..tq sbb kongsi resepi...