Saturday, October 22, 2011

Udang Merah Madu Kasturi



Udang Merah Madu Kasturi
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 300 g udang sederhana (dibersihkan, dilumur dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian digoreng 3/4 masak)
  • 2-3 sudu makan cili giling
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • sedikit madu
  • garam
  • sedikit jus limau kasturi atau air asam jawa
  • sedikit air
  • sedikit hirisan bawang besar
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan pula sos tiram, sos cili thai, madu, garam, jus limau kasturi/air asam jawa dan air secukupnya. Kacau sebati hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan daun limau purut yang sudah diracik halus tadi. Kacau lagi rata-rata.
  5. Akhir sekali masukkan udang dan bawang besar. Gaul-gaulkan hingga mesra dan sebati.
  6. Setelah masak, tutupkan api. Hidangkan bersama nasi. 


8 comments:

hajar said...

wah sedapnyeee... lapar da nih..

Yati Ali said...

sedapnyerrrr...

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Dj..
Wah..mmg merah kalernya ni kak Dayang.. Sedap hingga menjilat jari ni kalau makan...

Yati said...

as'salam..sedapnya udang ini...sangat menggoda...insy, diletak dlm waiting list utk dicuba nanti.....tq share resepi yg menyelerakan ni :)

lina_pg said...

assalam DJ sedapnya..mesti aroma meruntun tukang masak ni ngan daun limau purut bagai..ada ala2 honey prawn tak..

Kak Sam said...

Perggh macam best sangat. Dj tadi buat nasi goreng udang nest sangat. tq erk

ibundo said...

salam,
neguk air liur dah ni..

~~zAnAfAhMi~~ said...

sedap mkn dgn nasi lemak....pergh!!