Tuesday, October 11, 2011

Kek Lapis Kembang Melati (kukus)

Gambar kek ni mmg dah agak lamaaaa tersimpan dlm folder. Baru sempat nk update resepi. Inilah satu-satunya gambar yg ada sb yg lain2nya dah ter'deleted' dgn tak sengaja...

Setiap kali DJ buat kek ni pasti DJ akan tringat-ingat kat adik lelaki( adik angkat yg juga sebenarnya sepupu DJ). Kalau nak buat kek ni kena buat 2 loyang sekaligus sebab yg seloyang lagi tu nak bagi khas utk dia sorang je. Entah kenapa, katanya kek nilah yg paling sedap dan menepati seleranya berbanding dgn kek2 Srwk yg lain. Dia boleh habiskan kek ni dalam satu masa. Mmg x percaya kan...tp tu lah hakikatnya...hehe.

Resepi kek ni sudah diolah semula dengan menggunakan sukatan gram. Kalau tengok resepi asalnya rasa2 ramai yg akan keliru. Nak buat pun x berani agaknya..ekeke. Masa DJ mula2 buat kek ni dulu pun mmg agak nervous rasanya  sb pertama, tak faham resepi...dan keduanya, takut tak kembang mcm mak dan mami selalu buat. Tp Alhamdulillah...berkat kesabaran dan juga semangat serta dorongan dp mak n mami, akhirnya berjaya juga buat kek ni. Sukaaa sangat!

Kek Lapis Kembang Melati
resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : Loyang 7" x 7"

Lapisan A :
  • 200 g mentega berkualiti tinggi
  • 7 biji putih telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 150 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100 g susu pekat manis
Lapisan B :
  • 200 g mentega berkualiti tinggi
  • 100 g gula merah atau gula kastor
  • 7 biji kuning telur
  • 100 g tepung gandum
  • 100 g susu pekat manis
  • 200 g coklat masakan (dicairkan)
  • 250 g red dates/kurma merah (dicincang halus/kisar/tumbuk) - DJ tumbuk dan kisar sampai halus
  • 3 sudu besar browning sugar/gula hitam (atau 1 sudu besar coklat emulco dan pewarna coklat) - sila ke link DI SINI untuk rujukan cara-cara membuat browning sugar/gula hitam.
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dengan mentega di sekelilingnya.

Lapisan A : 
  1. Putih telur dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi.
  2. Di dalam mangkuk adunan yg lain, pukul mentega sampai putih dan barulah dimasukkan pula susu pekat manis, esen vanilla dan tepung . Putar sebati.
  3. Satukan kedua-dua adunan tadi dan kacau hingga betul-betul sebati.

Lapisan B : 
  1. Kuning telur dipukul bersama gula merah sampai hancur. Masukkan mentega dan putar hingga sebati. Masukkan pula susu, gula hitam, coklat cair dan buah kurma/red dates. Kacau rata-rata.
  2. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
Cara melapis :
  1. Kukuslah selapis demi selapis dimulakan dengan lapisan A (2 senduk) dan kemudian lapisan B (3 senduk).
  2. Setiap lapisan dikukus selama 10-20 minit bergantung pada ketebalan lapisannya. Setelah habis melapis, kukus lagi hingga 30 minit atau sehingga kek betul-betul masak.
  3. Setelah masak, keluarkan kek dr pengukus dan sejukkan seketika sblm dipotong.

Nota dan peringatan:
**Sediakan telur gred A 7 biji dan asingkan putih dan kuningnya untuk dibuat lapisan A dan B.
**Gunakan telur yang fresh
**Gunakan mentega yang berkualiti tinggi seperti SCS dan Anchor utk mendapatkan kek yg lbh lembut dan sedap.
**Untuk lapisan A, pukul telur hingga betul2 kembang jika ingin mendapat hasil yg terbaik.
**Sekiranya air kukusan berkurangan, sila tambah air panas. 
**Kek ini tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk.

UPDATE :
satu lg gambar kek Kembang Melati (menggunakan buttercup) yg dah agak lama tersimpan dlm blog ini. Gambar di atas menggunakan mentega SCS. Nampak sgt beza dari segi teksturnya.


22 comments:

hajar said...

mcm best jer.. nanti ade mase nk cubalah..

Ummi said...

Waaaah dgr citer Dayang ni sampai adik lelaki tu gemar betuiii, mst sedap ni kan...sebab org lelaki jarang suka kek2 lapis ni ek...Harus kena buat nih, alaa, kurma ada ke x lg nih...kena cari dulu..ganti dgn lain ok x Dayang, prun ke,masam lak kang ek....hehe

rahel said...

Waaa..cantek kek lapinya...mo mintak sepotong tapi jauh la pulak...tengok2 je la..

E-na Lovely Kitchen said...

kemas sungguh lapisan kek lapis dayang ni...kagum E-na tengok...e-na nak try buat tp kat sini xde browning sugar n choc emulco...lagi satu takut x jadi...

izahdaut said...

cantik sungguh kek ni. terpegun...

HomeKreation said...

Hi DJ. Good recipe, cuma 7 bj telur. KAlau rajin nanti boleh lah Along cuba. Kat Miri ni tak nampak pun SCS butter....

Mamasya said...

Aslmkum Dj...kemas elok lapisan kek lapis ni. sy kek lapis mmg tak pass...

Zana~Sweet Rose said...

salam Dj.. wah!! cantik kek lapis nie..tengok bahan2nya mcm mudah aje..kalau rajin nanti zana pun nak mencubanya insya`allah. tkasih krn share resepi nie...

DJ Dayang said...

@hajar

bl2 masa je boleh cube...mekasih :)

DJ Dayang said...

@Ummi

dr dulu sampai skrg adik x penah jemu mkn kek ni. mmg sedap sgt rasa kek ni kak. dyg suke buat je kek2 lapis ni..mkn tu sikit2 je. hehe.

boleh je kalau nk campur dgn prune, rasanya nanti ade masam manis le kan..hehe.

DJ Dayang said...

@rahel

kalaulah duduk dekat, boleh je...hehe. xpe lerr..nanti2 kalau dh ready bole le buat sendiri kan3x...:)

DJ Dayang said...

@E-na Lovely Kitchen

tq E-na...browning sugar tu boleh buat sendiri. try le nanti ye. kek ni mmg x rugi dicuba. :)

DJ Dayang said...

@izahdaut

thanks dearie...bl nk try melapis???

DJ Dayang said...

@HomeKreation

thanks Along. guna mentega lain pun ok...no problem... :)

DJ Dayang said...

@Mamasya

w'salam...

mekasih...
xpe...boleh cube slow2...lama2 ok la tu kan...hehe

DJ Dayang said...

@Zana~Sweet Rose

w'salam...

mekasih ye sudi singgah. kek ni mmg senang je nk buat. telur pun x pakai byk. boleh la try bl2 free nanti ye. tq

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Dayang..
Kek lapis kembang melati pulak dah.. Ish kak dayang ni.. Asyik menggoda jer tau dgn kek2 lapis dia..
Cantik kek akak..

Zack Zachoes said...

assalammualaikum kak DJ,

hehe, cantik kek akak..sy belum rajin nk buat kek2 jenis ni, masih M lagi bab2 melapis ni ^_^ hehehe..

Nieza said...

kak, cantiknya layer kek ni...terbaik..bila la nak rajin melapis ni yer..:)

Chah said...

Mcm sedap kek kak dayang ni...tq , nanti saya nk pinjam resepi ya..tq...lupa juga nk inform...saya dh letakkan link blog kak dayang dlm blog saya..senang nk cilok resepi...tenkiu lebiu...

umi tuah said...

Sedapnyer....si sabar mau try...

MANISMANIS said...

cantik....