Monday, October 31, 2011

Chocolate Chips and Almond Cookies


Kecewa sungguh dgn broadband no 1 ni. Skjp ok skjp tak...hmm...sabar je la. Sekurang-kurangnya dpt upload gambar dan publish entri kan...bersyukur je lah. 

Baru2 ni DJ buat kukis coklat chips yg sepatutnya dibuat sebelum raya puasa lg...tp atas sb2 tertentu dan tambah lagi dgn kemalasan yg ada tu, DJ tangguhkan dulu. Alhamdulillah, akhirnya terbuat jugak. Kukis ni mmg sedap, rangup dan yg paling penting bdk2 suka. Tak habis2 mengunyah. Tak dan tunggu sejuk, dah ada yg terkam dulu...hehe. Kukis ni mmg nipis tapi lebar sket. Lagi cepat nk masak dan lagi rangup rasanya. Tugas nk membentuk kukis ni plak DJ mintak bantuan anak2. Lagipun bdk2 ni suka sgt part nk membentuk kukis ni kan...dah besar esok, bolehlah tolong buat biskut lain plak. 


Sebenarnya dah selalu buat pun tahun2 lps. Sekadar utk makan2 je...tp bkn utk dijual...kalau ada yg nk tempah pun, DJ kena fikir 10 kali sb part2 mengukis ni mmg ada leceh sket. Skil tu boleh diasah tapi masalah utamanya ialah MALAS...hehe. 

Jom tanpa buang masa, kita semak resepinya ye. Sesiapa berminat boleh cuba. 

Chocolate Chips and Almond Cookies
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 buku mentega (250 g) - dilembutkan
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula icing
  • 2 cawan tepung naik sendiri 
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1 cawan nestum (dikisar)
  • 1/4 cawan serbuk badam
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk emplex - optional
  • 50 g almond nib
  • 100g chocolate chips
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara : 
  1. Satukan tepung, koko, emplex dan soda bikarbonat. Ayakkan bersama. Kemudian, gaul-gaulkan bersama nestum dan serbuk badam. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula perang dan gula icing hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan dulang yang beralaskan baking paper.
  4. Masukkan campuran tepung ke dalam mentega tadi diikuti dengan badam dan cip coklat. Gaul-gaulkan hingga sebati.
  5. Bentuk-bentukkan adunan tadi mengikut citarasa sendiri. Kemudian, susunkan di atas dulang pembakar. Bakarlah selama 20 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.

6 comments:

dali said...

salam dj..nampak sedap sgt. teringin nak buat tp penyakit M(alas) teruk hehe..insyaallah

ibh said...

Kak Dayang...dah buat cookies...sedap tu....Malam ni sue nak lepas geram..nak selongkar dapur akak..hehehheee

Gee® said...

hai...dh mengukis yer... yummy!!

Soo Hae Daa said...

salam akak...beshnya cookies nih..feveret..!! lau mkn ni..satu balang pon leh abis nih..besh2..!!

♥MAMASYAZA♥ said...

memang bestkan cookies camni

Diana @ Melley Mey said...

akak... nampak sdap ler cookies nie.. diana suka makan cookies mcm nie... irfan lg ler suka.... cantik lg gitu... suka2!