Thursday, October 27, 2011

Bingka Susu/Cheese


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Dah agak lama dah tak buat kuih bingka. Rasa2 dah setahun dah kot...hmm..mmg lama kan. DJ sememangnya penggemar kuih bingka lebih2 lg kalau ada orang tolong buatkan. Sudah semestinya mak yg buat terutama bingka pandan....memang best! 

Malam td ternampak bingka telur dari dapur k. Che Ct. Waduhh...x tahan dah dah nengok. Nak minta sepotong dua dr kak CT tp jauh lah pulak...hehe. Last2 DJ buat sendiri jelah. Tapi yg ni versi bidan terjun je tau. Ikut sedap tekak. Kebetulan krim keju masih berbaki kira2 50 g gitu. Sebelum expired, DJ campurkan sekali dalam adunan bingka ni. Alhamdulillah.....sedap dan lemak2 manis rasanya.

Bila cuaca redup, gambar pun nampak redup....samalah dgn lain internet ni. 
bl dah lemau, tuannya pun lemau nk menulis...sabar je la (sekadar selingan)

Bingka Susu/Cheese
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum (diayak 3 kali)
  • 4 biji telur A
  • 250 ml susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 140 g gula kastor (boleh tambah jika nak lebih manis)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 50 g krim keju
  • 50 g mentega
  • bijan secukupnya atau serbuk badam (optional)
Cara-cara :
  1. Mentega dan krim keju dicairkan dengan cara double boiler. Kemudian disejukkan seketika.
  2. Satukan kesemua bahan di atas(kecuali bijan/serbuk badam) dengan mentega/krim keju cair tadi di dalam blender. Blend hingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang 6 inci yang telah dilengser dengan minyak masak. Taburkan bijan atau serbuk badam di atasnya jika suka.
  4. Kemudian bakar ke dalam oven dengan suhu 160C selama lebih kurang 50 minit atau sehingga keperangan. 
  5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 
** sukatan gula dan susu boleh tambah ikut citarasa sendiri
** boleh juga guna telur gred B
** kalau terlebih cair, boleh tambah sedikit tepung. Tp DJ suka cair dp pekat. 



15 comments:

izahdaut said...

saya copy resepi ye kak dayang cantik ye ye ye... sedap benor melihat keanggunan bingka moden2 gini. i likeeee..tq kak

DJ said...

@izahdaut
hehe...bingka anggun eh...ekeke. tq2. sebenarnya buat bingka lbh senang keje dp buat kek. main blend je semua. bakar n terus jd bingka...rasanya mmg xde yg fail buat ni...gerenti lulus cemerlanglah...kikiki

Sheila Shafeareen said...

As'salam Dj betul tu bingka ni senag je maincampak2 dlm blande...cuka kepekatan dan adunan kenabetul2 kalau cair takut telebik pulak kan.. apa pun mmg sukalah nak cuba sure rasanya ...entahleee pasti sdp keenakan chesse tu

D Yatie said...

kacak eh! cam nyaman jak. (=_=') rasa meleleh mek nggr. kukus xpt ka bingka tok? x berisik oven mahupun microwave. T_T

siti aisya said...

krim keju tu nak beli yg macam mana ye kak..x reti lak saya..

ninazsyafinaz said...

terpanggil nak buat bingka plak..hehehe

Mieza said...

dayang, mieza pun suka bingka ni..dulu selalu buat..skg ni asek tergendala je bila nak buat..sedapnya bingka ni..

Wanieyra said...

Tengok gambar je dah mengoda. Nanti nak try jugalah..

Suffia said...

Dayang, kamek mok try juak. Thnks for sharing :-)

CT Delima said...

as'salam Dayang

Dah boleh komen terus laju jer masuk..hehehe. jap lagi hujan tenet mesti mengong balik..hahaha

wahhh..resipi speciallah ada cream cheese lagi. mesti lemak2 gitu rasanya kan. nak simpan jugalah resipi ni. kot2 esok lusa nak menerai pulak kan..hehehe

Anonymous said...

salam dj..seeeedap nyerrrr.....i likeeeeeeeee....zila66

AZLINA said...

Assalamualaikum DJ, tak tahan akak tengok bingka cheese tu, amik resepi dulu ehh..macehhhh :)

Anonymous said...

Salam DJ. Terus terpaku sekejap nanggar bingka ktk..insyallah, maok mek coba molah kelak, for anak2 makan..nyummm

IbuDhira said...

mmg cantik bingka ni..sungguh aku teruja nk mencuba ..ciluk resipi ye kak dayang!!!

Anna Pisoon said...

salam kak DJ....sy dah cuba resipi kak DJ ni....mmg lazat.husband yg xberapa nak suka mkn bingka pon tersuka le pulak..siap tapau g opis lg...thanks ek kak DJ for the recipe....sy teramat le suka blog ni sbb resipi2 kat dlm nih senang nak d coba...hehehehe...halal ek kak DJ sy pki resipi dlm ni...xmintak kebenaran le pulak ek.... :)