Thursday, September 29, 2011

Ketam Masak Merah


Ketam Masak Merah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
  • 2 sudu makan cili giling
  • sos cili secukupnya
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula/madu secukupnya
  • sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya. 
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata. 
  4. Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.



6 comments:

CheKiah said...

Askum DJ Tengok jer trus gluppp telan air liur, delicious sungguh menggamit selera :)

DJ Dayang said...

w'salam CheKiah...

mmg, kalau sesape je peminat ketam ni dah pasti x tahan nengok....hehe

lina_pg said...

assalam DJ..waduh terliuq sungguh tengok ketam DJ ni..dan2 rasa lapor..nape kena rebus dulu ek ketam tuh..kalau goreng sat,taste dia tak sama ke?nak kena try gak ni

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam DJ.apa kabar?lama xsinggah kat sini.Tgk lauk ketam DJ nie trliur lak..lama xbeli ketam sbb HB xbape suka mkn:D

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
sedapnya tgk ketam tu... diana suka ratah jer kalau makan ketam nie.. terliur sudah ...

Aida78 said...

ermmm sedapnya ketam meleleh air liuh huhuhuhu...