Thursday, August 04, 2011

Menu Iftar 3 : Resepi Tenggiri Masak Garo Rica

Assalamualaikum....

Dah agak lm gak x masak ikan tenggiri ni. Bukan main sedap lg dimasak stail gini. Mula2 takut gak kan kalau2 tak menepati selera. Tp Alhamdulillah....licin habiss! Si anak2 pun asyik dok meratah jer ikan ni. Memang best sgt. Tp DJ mkn sket jer sb ehem2...nak diet la konon2nya...hehe.

Jom kita semak resepinya yer. DJ ambik dari Majalah Sedap tahun lps tp diolah mengikut citarasa. Next time kena kisar bawang merah tu barulah nampak cantik sket kuahnya. Apa-apapun masakan stail gini mmg x mengecewakan. 

Tenggiri Garo Rica...unik kan namanya...DJ pun tak tau kenapa dipanggil Garo Rica. Tapi yg pasti rasa masakan ikan ni sesedap namanya. 

Jom layan!

Tenggiri Masak Garo Rica
sumber : Majalah Sedap, Mac 2010
adaptasi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 500 g kepingan ikan tenggiri
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • sedikit garam
  • 8 biji bawang merah (dihiris nipis) - boleh juga dikisar jika suka
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 sudu besar cili giling/cili kisar
  • 3 helai daun bay (optional)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • air secukupnya
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit serbuk lada sulah
bahan-bahan kisar :
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili merah (dibuang biji)
  • 6 biji buah keras (disangai)
  • 1 inci halia
Cara-cara:
  1. Perapkan ikan bersama air asam jawa dan garam selama 30 minit. Kemudian, gorenglah dengan api sederhana sehingga berkulit. Jangan goreng terlalu lama supaya tidak keras. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, serai, daun bay, bahan kisar dan cili giling/kisar hingga terbit aroma dan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan tenggiri dan kacau hingga tersalut rempah.
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit, kicap manis, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga pekat dan rempah menyerap. 
  5. Hidangkan setelah masak.


6 comments:

iffah imani said...

tq for d resepi ya....nak cuba nanti...

Ummi said...

Dayang, akak booked dulu laaa resepi nih! Nampak cukup sedaaappp...hehe, hari ni nak masak ayam dulu..

tun_telani said...

tun xpenah masak guna buah keras. hihi.. xpandai guna.. nnti kalau gi kedai terasa nk beli buah keras tu boleh laa try nih

Gee® said...

sedap nmpk resipi nih... kalau ikan tilapia pon sodap kot...

umi said...

salam. wow, glamor nama resepi tu. nmpk cam best, nanti nak try jugak. tq for sharing!

ibh said...

Sedap..sedap...Namanya pun glamer tu kak...Masuk list..Ngeee (^_^)..