Thursday, July 21, 2011

Kepak Ayam Panggang Berempah

Assalamualaikum.....

N3 last malam ni. Esok dah start busy balik sb rmh ada tamu. Mungkin kalau sempat DJ akan buat entri berjadual yer. Terima kasih kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. Adehh...byk komen tak sempat dijawab...minta maaf byk2 ...Nanti2 ada kelapangan DJ akan balas yer.

Petang tadi sempat panggang ayam utk mkn malam. Anak2 dah request lama dah. Mmg dh lm pun tak bako ayam nih. Kali ni buat 12 ketul pun tak cukup gak...haihh...apa2pun Alhamdulillah....berbaloi2 buat ayam stail gini. Sedap sangat! O ya, terlupa lak nk ckp. That day ada yg bertanya mcm mana nk kasi ayam yg dipanggang sentiasa lembut dan tak kering. Selain bubuh minyak masak atau minyak zaitun, boleh juga campurkan sedikit air minuman coca cola dan peraplah bersama bahan2 perapan yg lain. InsyaAllah, ayam sentiasa lembut dan sedap walaupun dibakar lama. Itu petua DJ la kan, petua lain tak pasti la kot. Kalau ada sesiapa nak share, silakan. Sharing is caring... :)

Kepak Ayam Panggang Berempah
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 12 ketul kepak ayam
  • 7 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
  • sedikit daun ketumbar (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan rempah kurma atau serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos cili
  • madu/gula apong/gula melaka secukupnya
  • garam
  • 2 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
Cara-cara :
  1. Bersihkan ayam. Cucuk-cucukkan isinya dengan lidi satay. 
  2. Satukan ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul-gaulkan sebati dan kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih.
  3. Kemudian ratakan ayam dengan minyak masak. Susunkan ayam di dalam dulang pembakar yang dialaskan dengan kertas foil. 
  4. Panggang hingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam supaya masak sekata. Boleh juga dibakar/panggang atas dapur mengikut keselesaan.
  5. Hidangkan bersama sos cili, nasi putih atau nasi ayam


Sedap!

18 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam kenal dayang.SEdapnya nampak kepak ayam.boleh buat ratah-ratah

Fiza Nordin said...

seleranye tgk kepak ayam kak dayang tu.... berkilat2... suka makan gitu je klu kepak ayam ni...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
nampak sedap ler ayam tu akak.. anak2 mesti suka makan nie kan akak.. sedapnya

quinnie said...

salam kak dayang...sukanya saya dgn resepi2 panggang dari akak..mesti sedap ni....:)

DJ Dayang said...

@Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek

salam kenal Puan Ros...

trm ksh yer sudi meninggalkan jejak di sini.
ayam panggang ni mmg berbaloi. sedap sgt. nk ratah pun sedap... :)

DJ Dayang said...

@Fiza Nordin

hehe..tq fiza. lm x dgr crita kan. hrp2 fiza n family sht2 hendaknya yer.
ayam ni mmg best tau...mmg x rugi dicube....sedaaaap! :)

DJ Dayang said...

@Diana @ Melley Mey

w'salam...

mlm td kan si boboy mtk buatkan lg...sian dia. sb sblm ni dia x brp suka sgt ayam bako2 ni. tetibe leh minat plak...hehe.
Alhamdulillah...habis licin gak ayam ni. nanti kalo Diana sudi, try ler resepinya... :)

DJ Dayang said...

@quinnie
w'salam..

InsyaAllah resepi ni tak menghampakan. Nanti try la yer. :)

Ummi said...

Salam Dayang, weeey laaa tayan kepak ayam pulak...selara terus melonjak2 rasa nak cekauuu jek 2 ketuii kepak tu haaa....kijaaam tau Dayang.. :)

bintangku said...

sedapnya.... berselera tgk. Dpt buat sendiri, puas mkn nie.

Mas said...

perhh....terliurnya tengok kepak ayam tu.....
mengancamm habisss...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Dayang..Wahhhh chic wing ni nampak sungguh menyelerakan

Kak Sam said...

Huyoo lagi resepi yang menggiurkan. DJ saya dah siapkan homework nasi daging tu. Sedap. Tq erk.

anymz said...

fuuiiyoo..terliur tengok kepak ayam tu..adeh!..sejak akhir2 ni dah selalu sgt lepak2 kat rumah DJ ni tau..

Akak dah buat telur rebus kat bawah tu.memang sedap..tapi tak cantik mcm DJ punya..takpelah kan?janji sedap..thnx DJ share resepinya tu..

Nurul said...

Salam, Kak Dayang....

wow, berkilat nengok kepak ayam tuh... nampak sgt sedappp.... :)

CekWa said...

sedap!!

dZana said...

tgok pun dah dah sedap!!.. huuu

Gee® said...

wahhh...ramainya masak ayam hari ni... ada ayam turki, ayam magribi, ayam panggang...sedap2 belaka...