Wednesday, June 22, 2011

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang


Akhirnya terlaksana juga impian nak buat kuih lapis hari ni. Dah lepas kukus, kipas2 jap, pas tu terus potong. Mmg takdanlah nk tunggu sejuk btl2. Sukatannya ngam-ngam utk keluarga kecil. Biasa main beli jer. Anak2 mmg tak pandang pun. Tapi kan, bila DJ buat seloyang kuih ni, rasa mcm tak cukup plak. Tetiba jer bdk2 tu jadi minat. Yg sorang lagi tu suruh buat lagi...aikk,..tak sangkalah dpt sambutan....syukur Alhamdulillah. Berbaloi2 rasanya. InsyaAllah, akan ada siaran ulangannya nanti.

Ok, tak nak pot pet byk2 yer...jom kita layan resepinya sambil2 berpantun...heheh.

Cik nyonya jalan berlenggang,
Singgah ke pekan membeli roti;
Kuih lapis nyonya aka kuih genggang,
Sedap dimakan payah nak berhenti.


Merpati putih terbang seribu,
Hinggap mari di pohon jati;
Terima kasih wahai sifu Mat Gebu, 
Kerana sudi berkongsi resepi.

Kuih Lapis Nyonya aka Kuih Genggang
Resepi asal : Bro. Rozzan
Sumber II : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan A :-)

  • 150 g tepung beras (DJ letak 120g tepung beras + 30g tepung gandum)
  • 30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
  • 400 ml santan pekat
  • 160 ml air

Bahan B :-)

  • 180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir) 
  • 150 ml air
  • 1/4 camca teh garam
  • 2 helai daun pandan

BAHAN C :-)

  • Pewarna makanan hijau
  • Pewarna makanan merah jambu@pink
  • Pewarna makanan merah cili

Cara membuatnya :-)

  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!

18 comments:

CT Delima said...

AS'salam Dayang

Lamanya kak ct tak buat kuih lapis ni. kena buat jugalah nanti, anak2 memang suka ni. bila makan selai2 anak2 kopek masuk mulut. rajin melapis ya Dayang ni, cantik jer melapis tersusun indah kalernya :)

Mas said...

arrgghh..cantiuknya kuih lapis tu....
rajinnya akak melapis..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Tak pernah melapis lagi..insyallah nanti di cuba

Sue said...

perfect layer... mengancamnye...

anymz said...

sempurna sungguh kejadiannya..:)

Peri PiA said...

Assalammualaikum sys dj

cantik la!nak sepotong blh?eheh

Kak Sam said...

Suka makan tapi malas nak buat

DJ Dayang said...

@CT Delima

w'salam kak CT..

thanks 4 the compliment. bese2 jer kejadiannya kak, tp yg paling penting sedap n anak2 suke bangat. mungkin dyg buat tak manis sgt kot sb tu bdk2 rasa x muak. kalo yg beli tu mmg teramat manis...yalah, dah namanya kuih manis kan...hehe.
btl tu kak, kte pun dh lm x buat, sesekali buat sendiri mmg berbaloi rasanya n x membazir...segala penat lelah pun berbayar... :)

DJ Dayang said...

@Mas
tq mas, rajin sket jer ni...malas tu byk...heheh. Kuih ni mmg patut mas try, akak ikut sukatan gula CMG tu, mmg sedap dan lemak2 manis rasanya. :)

DJ Dayang said...

>Nazrah Bakery
try ler sekali sekala...InsyaAllah resepi ni x menghampakan. hasilnya pun kte rasa puas hati.. :)

DJ Dayang said...

@Sue
tq2..hehe..rs segan lak sb kte ni pun bukannya terror sgt buat kuih2 ni...sekadar utk famili makan, boleh laah...heheh

DJ Dayang said...

@anymz
tqqqqq...ehehek....

DJ Dayang said...

@Peri PiA

w'salam..

huhu...dah abih ler dear...sebaik jer lps potong n posing jap..pas tu terus kene bedal habis2an....hihi

DJ Dayang said...

@Kak Sam

beli jer lg senang kan...heheh
tp sekali sekala buat sendiri apa salahnya kan3x... :)

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. dah masuk list dah kuih ni.. cantiknya lapis akak tu sama je tingginya.. cantik sangat..

Ummi said...

Salam Dayang,

TEPUNG DAN SANTAN DIGAUL SEBATI
RESEPI DIIKUT DIKONGSI DI SINI
LAPIS NYONYAMU MENAWAN HATI
MINTAK KIRIMKAN BUAT AKAK DI SINI

DJ Dayang said...

@Juwita Jamaludin
w'salam...

resepi ni InsyaAllah sedap. semoga kene dgn selera ita sekeluarga yer. hehe...akak kalo bab buat kuih ni ade malas sket. lapisannya pun bese2 jer tu...tp yg penting rasanya yg sedap...hehe

DJ Dayang said...

@Ummi

KUIH LAPIS KUIH TRADISI
MENJADI KEGEMARAN SEISI KELUARGA
MARILAH KAK UMMI MARILAH SINI
DJ JAMU KUIH DAN JUS PEGAGA...ehehe