Sunday, June 05, 2011

Ikan Masak Madras



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....

Hari ni layan ikan tenggiri masak ala2 Madras. Dah banyak kali buat. Memang tak jemu dgn rasanya yg sungguh enak dan menyelerakan.!..tak percaya cubalah sendiri. Nampak mcm kari ikan biasa kan, tp masakan ni tak ada bau ikan langsung dan tak rasa muak. 

Resepi dah ada sebelum ni. DI SINI. Cuma kali ini dyg adjust sket bahan2nya. Memang best!!


Ikan Masak Madras (my style)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • 1 ekor ikan tenggiri (dipotong) - ikan lain pun boleh
  • 1 sudu makan serbuk cili (-/+)
  • 2 sudu makan tepung goreng serbaguna
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan jus limau kasturi/air asam jawa
Bahan B:
  • 7 biji cili merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • sedikit halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan plain yogurt
  • 3 sb serbuk kari ikan
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • sedikit bendi
  • tomato (dibelah 4)
  • 2 tangkai cili hijau (dipotong menyerong atau dibelah 2)
  • 1 tangkai cili merah (dipotong menyerong atau dibelah 2)
  • garam dan gula
Cara-cara :
  1. Bahan A : Gaulkan ikan bersama bahan2nya dan gorenglah hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Bahan B : Tumis bawang merah, bawang putih, halia, halba campur dan daun kari hingga naik bau. Sementara itu, bancuhkan serbuk kari bersama jintan manis dan jintan putih dgn sedikit air. Kemudian, masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Biar sampai pecah minyak. Barulah dimasukkan yogurt dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih sebentar. Masukkan ikan, bendi, cili hijau dan cili merah. Masak lagi dlm 5-7 minit. Perasakan dgn garam dan gula. Akhir sekali masukkan tomato. (boleh perahkan sedikit jus limau nipis jika suka). Setelah kuahnya agak pekat, tutupkan api. 
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa2 shj nasi mengikut pilihan.
***kalau tak ada stok yogurt, bolehlah digantikan dgn 1 cawan susu segar + 2 sb jus lemon (bancuhkan).

***Terima kasih atas komen2 yg diberikan. DJ akan balas jika ada kesempatan yer. Happy weekends!

5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam DJ..apa kabar?lama K.atie xmenyinggah kat sini.bau ikan madras nie dah sampai k umah k.atie..tue yg singgah nih!hihi

Citarasa Rinduan said...

singgah hujung minggu...
aduh..
mmg sedap lah tenggiri masak gini..
namanya masak madras ya...

nanti nak cubalah

mama Tiara said...

sedapnya

Anonymous said...

k.zila66 Assalam DJ,singgah jap bleh x msuk hehee...mekasih ya ajar akk...tdi puding tu lupa lak ltk name:)

Peri PiA said...

madras hey,hihi