Sunday, May 29, 2011

Sambal Sotong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Dah sarapan? Kalau pepagi gini MeM n famili makan roti bako jer. Pas tu makan bubur oats. Sb tu jarang bebeno nak tayang menu breakfast... kecuali kalau ada nasi lemak, mi goreng dsbnya. 

Semalam agak sibuk sket. Biasalah, dah start cuti sekolah kan, makinlah sibuk termasuklah melayan karenah anak2. Mmg tak dapatlah nk lepak lama2 kat sini atau di FB. Last2 offline jer. Hari ni bolehlah singgah jap share menu yg dah selalu sgt diulang tayang. Harap jgn ada yg jemu yer...hehe.

Lauk sotong ni adalah menu semalam. Dah beberapa hari dah berangan nk masak tapi tak jugak terbuat2. Alhamdulillah...akhirnya tertunai juga hasrat di hati. Sotong yg biasa2 jer ni. Saiz pun taklah besar sgt. Sb tu malas nk potong atau dikelar. Apa yg penting ialah rasanya yg sedap dan lagi sedap kalau dpt makan dgn nasik lemak... :)

Jom semak resepinya.... have a nice weekend!

Sambal Sotong
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :

  • 10 ekor sotong sederhana (dibersihkan)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 3-4 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 1 inci belacan bakar (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • sedikit air asam jawa
  • gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara 
  1. Gaul-gaulkan sotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga masak/garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng sotong tadi. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan garam, gula dan bawang besar. Kacau lagi. 
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan air asam jawa. Gaul-gaulkan sebati hingga kuahnya pekat. 
  4. Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak. 


7 comments:

Mas said...

hmmm....sedappnya sambal sotong...
mas suka sangat.....
mas pun kalau beli sotong, mesti terpikir sedapp buat sambal...
terliurnya tengok sambal sotong tu..

DJ Dayang said...

tu ler psl..boleh jd geng akak ni mas...hehe. sotong ni kalo buat kari atau masala pun sedap gak...ade satu lg resepi sotong yg belom penah akak share di sini. masakan bonda tu...nxt time akak buat n share kat sini. mmg akak suke sgt2.

Mama AA's said...

nampak sedap tentu sedap kan?

Hani in Canada said...

Salam Dayang ... sungguh menyelerakan. Kat sini susah nak dapat sotong gemuk2 camtu. Yg ada sotong kurus2 yg diorang buat calamari. Hani nak cuba jugak lah tapi nak gantikan dengan udang. Sedap jugak kan kalau makan dengan nasi lemak?

DJ Dayang said...

@Mama AA's
tentu ler sedaapp!... :)

DJ Dayang said...

@Hani in Canada

w'salam..

sotong ni taklah gemuk sgt tp boleh tahanlah kalo buat sambal. Ganti ngn udang lagilah dyg suke..fav tuu..mkn dgn nasik lemak lg tuu..adehh

ma'chiks said...

ngancam...ngancam, nape biarkan ku terancam dgn masakan sambal tumis ni..oohh sungguh sensitif dgn masakan bersambal nih.