Tuesday, March 22, 2011

Nasi Ayam Madu Lada Hitam

Hari ni buat nasi ayam. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dah dengan ayam ni. Resepi ayam mmg byk dalam internet, dalam majalah dan buku masakan tapi tak semua resepi dapat memenuhi citarasa keluarga. Betul tak??...hehe. Entah tetiba teringatkan nasi ayam. Dah lama sgt tak masak. Lagipun nasi ayam ni sedap. Masak je lah kan....mmg menyelerakan!

Yang menjadikan nasi ayam ni sedap ialah ayamnya. Manis, masin, pedas dan masam..semuanya ada. Memang tak cukuplah  kalau makan seketul dua. Resepinya lebih kurang sama jer dengan resepi ayam madu lada hitam sebelum2 ni. Tapi oleh kerana terlebih rajin, DJ tuliskan resepinya supaya mudah nak rujuk pd ms akan dtg. Resepi ni mmg best utk dimakan bersama nasi ayam atau nasi putih. Kalau nak ratah atau cecah dengan sos cili pun sedap gak. 


Resepi Ayam Madu Lada Hitam 

bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam (dipotong empat)
  • 1 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • madu secukupnya
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
  • 1-2 sudu besar kicap pekat
  • garam secukup rasa
Cara-cara : Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa.

Untuk resepi nasi ayam bolehlah google di DapurKu SaYang jika berminat. Terima kasih atas kunjungan anda semua.

13 comments:

Mr. Mama said...

salam...
mmm...sedap nampak tu..minta izin nak masuk list ya..

Kak Sam said...

Waa nampak best sgt ni. minta izin ambik resepi yea.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

feberet sepanjang masa anak2.. sedap ni! dah lama tak buat nasi ayam... nak kena buatlah nampaknya ni... copy resepi yer.. TQ!

Mas said...

anak2 mas pun suka nasi ayam...
memang laku kat rumah mas..he..he..
sedapnya tengok nasi ayam akak ni..

HaSue said...

nang lapa jak perut kmk nangga nasik ayam ktk tok ehh..tp malas jak nak molah..mun molah lak makan x ingat2 bdn nak makin kmbg..hihih...mun mkn umah ktk xpa,mkn sikit2 jak sbb malu..haha

DJ Dayang said...

@Mr. Mama

w'salam...

silakan yer. trm ksh sudi singgah. :)

DJ Dayang said...

@Kak Sam

selamat mencube yer. resepi ayam ni mmg best, InsyaAllah.

DJ Dayang said...

@MaDiHaA a.k.a Ratna

tu ler psl..dh lm x buat rasa rindu plak...sesekali makan mmg best!...Alhamdulillah, anak2 suke dan mkn pun bertambah2 nasik...hehe

DJ Dayang said...

@Mas
mas bila lg nk buat nasik ayam? jemput akak skali tau...heheh

DJ Dayang said...

@HaSue
ktk tok eh nang sikda lain, lapar jak2. ju lah mkn di rmh kmk jak. eheh malu indah, sak jak 4 kali tambah...sikda ingat lagik nak diet2 pas tok...ekeke

Bee said...

dayang, sedapnya nampak nasi ayam mu nih!!! rajin la dayang nih..macam2 resepi ayam leh dpt kat sini..tq

mama Rayqal said...

siang tadi dah buat.. sedap.! nasi n sambal punya resepi pun cilok dapur akak.. =)

simply mama said...

dah cuba siang tadi mmg sedap..anak2 mkn bertambah2. t.q :)..minta izin nak share kat blog ye.