Wednesday, March 09, 2011

Ikan Masak Kicap Pedas


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni DJ masak ikan tenggiri kicap pedas. Tapi taklah pedas sangat pun sb memikirkan anak2 nak makan gak kan. Jadi DJ buat sedang-sedang jer. Janji ada rasa dan sedap. Actually, resepi ni DJ skodeng dari dapur Ita. Tak tahan nengok. Dah 2 hari dah asyik ulang alik ke dapur dia tapi tak terbuat2 gak...hehe. Akhirnya, hari ni DJ paksa diri ke dapur utk masak ikut resepi ni, Alhamdulillah...terlaksana juga akhirnya. Rasanya DJ pernah masak stail gini kat ayam tp dah tak ingat ayam mana satu sb terlalu banyak jenis masakan ayam kat label bawah tu. Malas nak carik. Memang sedap kalau guna ikan atau pun ayam. 

Pagi tadi DJ dah keluarkan ikan tenggiri. Rupa-rupanya ikan merah pun ada gak dalam esbok time DJ nak kemas2kan barang2 dalam esbok tu. Tak perasan hubby ada belikan ikan tu...hehe. Tapi tak apa, lain kali boleh buat lagi. Ikan tenggiri pun sodaappp! Rugi kalau tak cuba resepi pak Engku ni tau. Sangat-sangat menyelerakan! Ita, thanks yer. Kita cnp resepinya utk rujukan masa akan datang. TQVM.



IKAN MASAK KICAP PEDAS
resepi   : Pak Engku
sumber : Azlita Aziz

bahan-bahan :
  • 4 keping ikan merah (ikan lain2 pun boleh... ikan JAWS jangan eh....) - DJ guna ikan tenggiri
  • 10 ulas bawang merah - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 2 inc halia - kisar
  • 15 tangkai cili merah - kisar kalau tak suka pedas boleh kurangkan
  • 10 tangkai cili api - kisar ini betul2 punyer pedas! kalau tak suka pedas kurangkan ye!
  • 1 ketul gula melaka - kalau besar 1/2 aje
  • 2 biji tomato belah 4
  • 1 biji bawang besar - dipotong baji 
  • 2 tangkai daun sup hiris
  • 5 camca besar kicap manis (DJ add 1 sudu makan kicap pekat)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • *1 camca kecil biji ketumbar - kisar
  • *1 camca kecil biji jintan manis - kisar (klu yg serbuk pun ok)
  • *1 camca kecil biji jintan putih - kisar (klu yg serbuk pun ok)
  • 2 tangkai kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 200 ml air asam jawa (DJ perah dengan jus limau kasturi)
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • 1 kiub ikan bilis - ita tambah. (DJ pun tambah)
  • sedikit serbuk kari ikan (DJ tambah)
Cara-cara :
  1. Gaulkan ikan dgn serbuk kunyit dan garam. goreng sehingga masak. Ketepikan
  2. Tumiskan rempah tumis 4 sekawan dgn daun pandan. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan harum baunyer...
  3. Masukkan pula bahan kisar yang ber tanda *, air asam jawa, kicap manis, gula melaka dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Selepas itu barulah masukkan ikan. masak sehingga pekat kuahnyer.
  5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan garam secukup rasa.
  6. Setelah masak hidangkan dgn taburan daun sup

Sedaaaapppp!

12 comments:

Mas said...

mas yang tengok pun rasa sedapp...he..he...

tun_telani said...

kak dayang.. sedapnyer nmpk lauk ikan nih. byk mcm byk je bahan dia. huhu.. perlukan kerajinan nih..

lina_pg said...

salam yang..mesti banyak lagi kan..mai anto besen dah ni..tapau ek..kuah kasi lebey..

ct_nurmarlissaa said...

yummmy...sedapp nyerr..kak DJ...cam my mum recipe....:-)

DJ Dayang said...

@Mas
mas, akak mkn bertambah2 tau..tp nasib baik tambah lauk jek..haha

DJ Dayang said...

@tun_telani

bahan2nya nampak byk tp time buat tu xlah rumit sgt pun...lagipun berbaloi2 masak ikan ni tau. rasanya mmg perghh...sedaap!

DJ Dayang said...

@lina_pg
w'salam dear...

ade lg ni, meh la DJ isikan ikan tu dlm besen...haha

DJ Dayang said...

@ct_nurmarlissaa

tu ler psl..mcm akak punyer resepi ayam pun ade gak....kebetulan sama sehati sejiwa....hehe

AZLITA AZIZ said...

Tgk ikan dayang berenang2 tu...
ita macam terasa2 lagi lauk ni... mmg sedap! nanti ita nak cuba kat ayam pulak lah....

Air tangan Pak Engku ni mmg sedap kan..

Ummi said...

salam Dayang...meh meh kita tukar lauk...nak rasa air tangan memasing kan...hehehe

DJ Dayang said...

@AZLITA AZIZ

hehe..thanks, Ita. Ikan tu berenang kuak lentang...yg seketul lg tu kuak kupu2...haha.

mmg sedap gak kalo perencah ni dibuat kat ayam. Mmg dyg penah buat...hehe.

DJ Dayang said...

@Ummi
boleh jer kak...nak rasa gak masakan akak tu...nampak sungguh menyelerakan... ;)