Monday, March 21, 2011

Daging Tumbuk Berempah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Hari ni mmg sibuk sangat2. Maklumlah, dah start sekolah ni kan bertambah2lah sibuk. Tapi dlm kesibukanku ini sempat jugalah menulis sekurang-kurangnya satu entri.

Mcm biasa, anak2 sukakan ayam. Sorang nak ayam goreng, sorang lagi kata nak sup ayam. Last2, buatlah sup ayam letak ubi kentang dan sayur karot,..yang tu lah paling cepat dimasak dan sedap dimakan. Selesai masak ayam, DJ masak lauk daging ni pulak. Actually, daging ni dah direbus beberapa hari lepas. Nak buat apa ntah tak taulah sb tak tau nak masak apa dah. Ingatkan nak buat kicap lada hitam jer, tp dah selalu sgt makan...lagipun gerenti bertambah nasik dibuatnya. Last2 buat stail dinding tapi olahannya mengikut citarasa sendiri. Waduhh! sedap bangat!!...bertambah nasik jugak dibuatnya...huhu. Resepi spontan mmg sedap!!


Di sini DJ tuliskan resepinya utk rujukan bersama yer. Next time boleh buat lagi sebab sedap sangat dan amat2 menepati citarasa. 

Daging Tumbuk Berempah 

bahan-bahan :
  • 400 g daging (direbus bersama garam sehingga empuk)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1-2 sudu makan cili giling Cap Puteri
  • 1/3 cawan susu cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • kicap manis secukupnya
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • sedikit garam dan gula
  • 1 batang kulit kayu manis
bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Daging yang sudah direbus hendaklah dihiris nipis dan ditumbuk-tumbuk sedikit. Kemudian perapkan sebentar bersama kicap pekat, kicap manis, jintan manis, serbuk ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar bersama kulit kayu manis hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan sos tomato. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, susu cair dan daun pandan. Kacau sebati. Masak dengan api perlahan.
  4. Setelah kuahnya pekat atau daging sudah lembut, bolehlah ditutupkan api. Boleh juga dimasak berkuah jika suka.
  5. Hidangkan.


8 comments:

tun_telani said...

wah.. kreatif la kak dayang nih.. nampak sedap!

Zaliedana said...

Akak,tadi baru jer wat ayam bakar berempah harum,tuka siakap kak,sedap sangat,tengs atas resepi yer kak..Ni da daging tumbuk berempah lak,xperla msk list dulu kak yer..

Wanieyra said...

salam kak....

dah lama tak makan daging sejak berpantang. Kak nak tanya le, daging yang dah rebus tu boleh simpan lama ke? kat peti ais tu sebelah mana? tempat biasa atau frezer? maaf ye kak...banyak tanya le pulak

DJ Dayang said...

@tun_telani
trm ksh tun...hehe. Alhamdulillah...stkt ni famili suke ape yg akak masak. kalo msk versi yg same jek, jemu gak kan...hehe

DJ Dayang said...

@Zaliedana
trm ksh yer krn sudi cube resepi tu. sedap yer tkr ngn ayam? hrp2 lps ni boleh ler cube dgn siakap atau kerapu plak eh...hehe. tqvm.

DJ Dayang said...

@Wanieyra
w'salam...

daging rebus ni boleh simpan lama tp seelok2nya bubuh dlm freezer. yg tu akak slalu buat. kdg2 tu akak siap hiris dulu daging tu, then frizkan. Time nk masak baru kuarkan. Selamat mencube yer wanierya...tq

Mas said...

sedapnya tengok kak...
boleh try nanti..he3

Nina Mirza said...

A'salam Kak Dayang,
huishh .....!! menyelerakan sungguh!
makan ngan nasi panas2 lauk nie ajer dah cukup buat Nina makan 2 pinggan
hehehe . . .