Tuesday, March 22, 2011

Ayam Kicap Pekat


Menu ayam ni dah lama berlalu yer. Sekadar nak share resepinya kat sini. Amat senang nak masak ayam kicap pekat ni. Sedap pulak tu. Inilah salah satu versi ayam kicap kegemaran anak2. 

Jom semak resepinya....

Ayam Kicap Pekat

bahan-bahan :
  • 10-12 ketul ayam (yang sudah dipotong kecil)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • sedikit cili giling/cili kisar
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato/sos plum
  • 1 sudu makan sos tiram
  • hirisan daun sup
cara-cara :
  1. Goreng ayam seperti biasa sehingga 1/2 masak. 
  2. Tumis bahan-bahan kisar dan cili giling/cili kisar hingga terbit bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap manis serta sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih sebentar.
  4. Kemudian masukkan ayam dan daun sup. Gaul-gaulkan sebati. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  5. Setelah masak dan kelihatan pekat kuahnya, boleh ditutupkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. 



8 comments:

Ummi said...

salam Dayang...mmg fav anak2 kalau masak kicap pekat2 dan pedas2 sikit camni...leh x cukup nasi dibuatnya dr kadar biasa..hehehe

DJ Dayang said...

w'salam kak ummi,

mmg x cukup nasik dan x cukup ayam kak.. dyg selalu buat byk2 kalo msk mcm ni padahal yg memakannya 2 org jek...hehe.

izahdaut said...

kak dayanggggggg.
ni lauk bukan feberet anak2 je, ngan mak mak skali neh..simple tapi mmg tak tolak lauk gini.
akak..sedap saya tengok lauk daging bawah neh.pandai tul kak dayang neh cipta lauk best2 tau..

Mas said...

anak2 mas pun suka ayam masak kicap....
senang lak tu nak masak..he..he..
terliur lak tengok ayam masak kicap akak ni,...he..he..

HALAMANKU said...

mmm memang sedap kak Dayang.. mkn ngan nasi panas2 mmmm bertambah2 menu2 kicap ni memang x jemu... sedap..

DJ Dayang said...

@izahdaut

izah oh izah...samalah dgn kte ni...tp kan akak ni mkn bahagian wing jek. yg byk isi tu x layan..hehe.

hehe...resepi tu rasa dan rasa tu jiwa..cehh!..ngeee

DJ Dayang said...

@Mas
betul tu mas...ayam kicap mmg sedap. akak pun suke...hehe.

DJ Dayang said...

@HALAMANKU
mmg tak jemu dimakan sampai bila2...sb tu lah stok kicap tak boleh putus kat umh ni...hampir kesemua lauk akak guna kicap...hehe