Tuesday, February 08, 2011

Tempura Udang Vs Sos Lemon


Malam ni dinner ayam goreng krispi, tempura udang dan sayur campur. Malangnya tak sempat nk tayang semua sb masing2 dah tak sabar nk makan. Apa2pun layan sajalah apa yg ada ni ya. DJ dah mula rasa malas nak masak yang special...bimbang dan takut tak boleh nak kontrol diri sendiri..huh!


Dah lama tak buat tempura udang. Kebetulan stok tepung tempura yg dibeli pd penghujung tahun lps msh ada lg dlm esbok. Tapi kalau tak ada stok tu pun no hal punya. Boleh jer buat cara lain. Biasanya DJ akan campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung utk dijadikan batter. Lepas tu bubuh garam, lada sulah dan air sejuk. Bancuhkan hingga sebati. Kemudian celupkan udang ke dalamnya dan goreng hingga garing. Dah siap. 

Tempura Udang Vs Sos Lemon

bahan-bahan :
  • 8 ekor udang sederhana (dibuang kulit kecuali bahagian ekor dan dibersihkan)
  • 1/2 cawan tepung tempura
  • air sejuk secukupnya
Cara-cara : satukan tepung bersama air sejuk secukupnya dan bancuh hingga pekat. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celupkan udang ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga keemasan. Ketepikan.

bahan sos lemon :
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dengan 80 ml air)
  • 2 sudu makan sos cili (optional)
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 2 sudu makan mentega
  • sedikit garam dan lada sulah

cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali leper. Masukkan kesemua bahan dan masaklah hingga pekat. Kemudian tuangkan sos tadi ke atas udang yang sudah digoreng tadi. Hidangkan.


14 comments:

Mas said...

wow...sedappnya udang tu kak dayang...
terliur mas...

DJ Dayang said...

@Mas

hehe..bese2 jer tu mas...tp boleh tahan sedap!... ;)

HomeKreation said...

Salam rindu buar Dayang. Wow, sigek lagi respi yg best dari dayang...!

DJ Dayang said...

@HomeKreation

salam rindu juak buat ktk...hehe. thanks 4 the visit.

Nieza said...

perghh! memang mabeles udang ni kak...rasa nk ngap jer ni...hehehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, DJ. Kita memang suka udang tapi sejak akhir2 ni mcm tak brp boleh nak mkn, msti kena gatal2... huwaaaaaaaaaaa

ct_nurmarlissaa said...

a'a sedap tui...terliuq sudah...

NiezaMan said...

Gambar udang tu mcm memanggil-manggil..alamak...terliur la pulak

DJ Dayang said...

@Nieza

akak main ratah jer tu...x dan mkn ngn nasik..hihik

DJ Dayang said...

@Sari Yusa Ibrahim
w'salam...

aik..alergik ekk??..kalo camtu kene stop dulu la kan. hmm, jamu mata jelah yer..hehe

DJ Dayang said...

@ct_nurmarlissaa

try ler buat...mmg x rugi tau...hehe

DJ Dayang said...

@NiezaMan

hehee...udang ni memang suka buat org tergoda... ;)

ma'chiks said...

salam...'tempura...tempura..tempura', mimpi la pulak. beli tempura tak buat apa2, boleh la copy Dj buat tempura udang.

Peri PiA said...

sys dj...tepung goji ek?


thx ajar mcm mane nak bancuh tepung tempura sendiri :)