Tuesday, February 22, 2011

Pancake Nasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ni masak Chicken Porridge jer sb anak2 dah request. Dah agak lama tak buat bubur. Bagus gaklah tak payah nak susah2 dah sb masak bubur tu guna periuk nasi multi function tu jer. Hanya kacau2 sket dan letak perencah dan bahan2 sewaktu dengannya.  Actually, mama dia org ni tak berapa sht lagi sebenarnya. Tapi nak gak update n3 selagi terdaya...hehe. 


Dipendekkan cerita, pagi tadi tersinggah ke blog CMG. Nampak nasi pancake. Unik dan menarik resepinya. Kebetulan ler kan nasi yg berbaki malam td ada lg tapi taklah sampai 1 cawan pun. Sb tu lah time nak buat tu ternipis sket hasilnya tak mcm yg Mat buat tu...mmg montel2 belaka!..hehe. Mungkin gak DJ terguna pan besar. Tak terfikir lak nak guna yg paling kecik. Hmm...no hal lah. Next time boleh buat lagi.


Bagus gak idea CMG ni kan. Mat, ampun byk2, terderhaka sket tang bahan-bahannya tu. DJ tambah serbuk kari dan bahan2 lain sket ikut selera tekak yg sejak dua menjak ni asyik2 tak ada selera jer dan asyik2 terasa nk makan benda yg berkari. Bila try 1/2 keping tu, rasa cam iras2 martabak lak...ker martabak nasik jadinya ekk...memandai jer letak kari kan Mat, tapi Alhamdulillah sedap dan kenyang gak. Thanks yer Mat sb sudi share resepi. DJ kopipes resepinya di sini. tqvm.

Pancake Nasi
resepi : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 1/4 cawan nasi sejuk, dileraikan 
  • 1 keping daging burger ayam jenama "RAMLY" 
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, diadau 
  • 1 ulas bawang putih, dicincang 
  • 1 pokok kecik daun sup hiris 
  • 2 biji telur 
  • Sedikit garam dan serbuk lada hitam (tak letak lada hitam)
  • 1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil (tak letak)
  • 1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil  (tak letak)
  • Sos kegemaran 
  • Sedikit minyak untuk menggoreng (mat guna minyak zaitun) 
****DJ letak serbuk kari, serbuk cili, ubi kentang dan sedikit karot.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos dan minyak, kacau rata2 dan ketepikan. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci dan lenser dengan sedikit minyak. Kemudian sendukkan 1/4 atau 1/5 bahagian dari adunan tadi, ratakan dalam non-stick pan.
  2. Masak hingga permukaannya sedikit kering, terbalikkan secara berhati2 dan masak lagi 2-3 minit atau lebih untuk mendapat permukaan pancake yang garing. Alih dalam pinggan dan buat hingga habis.
  3. Hidangkan dengan sos kegemaran anda...

6 comments:

izahdaut said...

kak dayang..
kak dayang preggy ke?ke saya je tertinggal cerita ni...
cepat tul dah sampai umah akak penkek ni ye..hehe

Mas said...

wahh..pancake nasi lak...
first time dengar ni...
nampak sedapp la..boleh try nanti...

DJ Dayang said...

@izahdaut

hehe...doa2kanlah yg terbaik utk akak yer izah..mmg xde cerita pun...hehe

nasik ni syg kalo terbuang mcm tu jek sb ari ni akak buat porridge. sb tu ler sepantas kilat akan buat stail CMG...hehe

DJ Dayang said...

@Mas
boleh dear. tak rugi pun cube resepi CMG ni. kelas gitu!...hehe

HaSue said...

ehem2..kmk sentiasa doakan ktk ada baby baru gik..hihi..x sbr nak baca pengumuman ya eh.. :D

pancake nasik pun dah ada nek tok owh..nang dak murtabak jak rupa ya..terliur jak nangga eh!
kmk tok konon2 diet x mkn nasik..tp mkn benda manis..giney nak diet tok..hahaha...

Mr. Mama said...

mmm..pancake nasi...
nampak ada banyak keping, blehla pos sikit...