Monday, February 28, 2011

Lala Kicap Limau Purut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Dua hari tak update blog bagaikan seminggu lamanya...hehe. Tuan rumah bercuti sekejap, lagipun anak2 nak exam mulai hari ini, tu yang tak dpt nak blogging. Apa2pun, terima kasih yer sudi singgah dan meninggalkan komen di sini. 

Oklah, hari ni masak yang ringkas jer. Tak ada yang special. Ayam goreng berempah dan sayur tumis. Lala ni pulak adalah menu malam tadi. Buat 1/2 kilo, sedap bangat sih! Tapi kan terpaksa berebut2 dengan si princess, rasa cam tak dapat menikmati dengan sepenuhnya ler pulak...haha. Next time nak beli sekilo lah, baru cukup agaknya untuk kami sekeluarga. Lagipun bukannya selalu masak pun lala ni...hehe. 

Jom layan resepinya!

Lala Kicap Limau Purut
Resepi : DayangJack

bahan-bahan:

  • 500 g lala (dibersihkan)
  • 3 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai (diketuk)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, cili padi dan sedikit air. Kacau sampai mendidih. Barulah dimasukkan lala dan daun limau purut. Gaulkan hingga rata. (Perasakan dengan garam dan sedikit gula jika perlu).
  3. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan nasi putih.



4 comments:

Mas said...

kak dayang..sedapnya lala tu....
kalau mas ratah macam tu jer..he..he..

Mas said...

kak dayang..sedapnya lala tu....
kalau mas ratah macam tu jer..he..he..

DJ Dayang said...

@Mas

mmg btl tu mas, abis nasik, still nak ratah gak..mmg xleh brenti selagi x abis...hehe

tun_telani said...

kak dayng masak kicap mmg letak daun limau purut ek? baca akaknyer sardin kicap pun letak limau purut. baru wat, xde lak stok daun limau purut..