Wednesday, February 16, 2011

Apam Snow White


Teringin gak nak buat apam snow white yang telah diderhakakan ini...derhaka sebab tak guna acuan lompang. Bukan tak ada acuan tu, cuma DJ nak cepat. So, nak ambik jalan mudah, DJ guna loyang jer. Tapi mmg dah menjadi kebiasaan DJ buat apam guna loyang sb dah terikut2 cara mak mengukus apam sejak dulu2 lagi. Apa2pun, dari segi rasa apam ni mmg sedap dan lembut. DJ cuma buat suku adunan sb kat umah ni hanya dua org jer makan..hehe. Sukatan gula pun DJ kurangkan.

Resepi apam snow white ni dah ramai yg mencubanya. Pagi tadi DJ skodeng dari rumah Izah, terus terkopipes resepinya sekali. Thanks, Izah. Izah pun ambik dari rumah hana kan, dan hana cnp dari myresipi.com. Terima kasihlah kpd penyumbang asalnya. Memang tak rugi cuba resepi yang semudah dan sesedap ini.

Jom layan resepinya!..

APAM SNOW WHITE

Resepi asal : qnq0910@myresipi.com
sumber dari: Izah dan Hana

Bahan :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara :
  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
***Untuk resepi ni DJ buat suku adunan dan tambah esen vanilla. Untuk kelapa parut tu plak DJ gaulkan dgn sedikit garam dan sprinkle sugar kaler pink.

NOTA dari Kak Bdaria@junalresepi :
  1. Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  2. Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
  3. Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

18 comments:

izahdaut said...

KAK DAYANG..OO KAK DAYANG..
apam tu kan memang real cam snow snow yang jambu dan cute aaa..napa ek....ke mata ni nampak cam kelapa tu warne pink..ye ke?
shanteeekkk,........

Nadz Nazharzan said...

Baru jer tengok roti goreng rangup..dah kuar apam pulak..
Cantik apam..Mesti sedap..

DjDayang Jack said...

@izahdaut
Izah oh Izah...haha.
Kelapa tu mmg kaler pink my dear..ingatkan nk letak nama Snow White and Rose Red tadi..ahakss

DjDayang Jack said...

@Naz
tq...dah lm gak simpan niat tp baru hari ni dpt buat. mmg tak rugi cube resepi ni. sedap dan lembut. :)

Sheila Shafeareen said...

Salam k.Dyg..mmg npk gebus apam akk..ada lg ke..nak rasa le ptg2 cam ni mmg lapo balik

Teroka said...

Hai...saya zackey...saya membekal kerepek kat JB dan area Muar, Johor.

Mas said...

kak dayang..
mas suka apam ni..sedappkan kak...
cantik la kelapa parut tu....
apam pun nampak putih bersih dan gebu jer...

Chik Mimi said...

Apam ni dah landing kat sini ye Dj bilala nak landing kat Penang

Kak Sam said...

Wa jauh betul le si snow white ni berjalan. Tapi napa dia tak sudi singgah umah kita yeak?

DjDayang Jack said...

@Sheila Shafea

w'salam,

hehe..dah abis daaa...lenkali eh

DjDayang Jack said...

@Mohd Zaki Yahya

tq Zacky. nanti singgah...

DjDayang Jack said...

@Mas

tq mas. ramai yg dh buat...akak je ketinggalan cam kuye2..hehe...
mmg x rugi cube resepi ni kan mas...

DjDayang Jack said...

@Chik Mimi

skrg gak landing...meh kte tiup sket..fuhh!.. hehe

DjDayang Jack said...

@Kak Sam
Snow white ni berjalan ikut hutan..sesat kot...hahaha

Wanieyra said...

salam kak dayang..

hawak cantik sgt snow white tu. ira pun dah lama cnp resepi ni tp entah bila nak buat

DjDayang Jack said...

w'salam ira,

tq. bese2 jer tu tp rasanya enak bangat!..jomlah buat apam ni. mudah jer tu...hehe. meh, akak tiup sket...fuhhh!.. :D

hana said...

salam kak...
nih dtg bwk set mutiara nih.. jgn segan2 pakai taw.. muekekekeke... cun gler apam ader pink pink tuh...

Sheherazade said...

omg,cantik sgt!