Monday, August 02, 2010

Daging Goreng Kicap Kaww


Bahan-bahan :
  • 200 g daging (dihiris nipis2)
  • 1-2 sudu makan sos lada hitam @ 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • kicap manis/masin secukupnya
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit cili padi - optional
  • garam dan gula
  • 1 labu bawang besar (dihiris  bulat dan digoreng)
  • 1 biji ubi kentang (dipotong wegdes,digaulkan dgn sedikit garam dan tepung jagung dan digoreng)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit hirisan daun bawang
Cara-cara :
  1. Gaulkan daging bersama sos lada hitam/serbuk lada hitam, garam dan kicap pekat. Kemudian perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali, goreng daging hingga kering airnya.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis/masin, cili padi, cili merah, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kemudian, masukkan daun bawang, bawang besar dan kentang yg sudah digoreng. Gaul2kan hingga rata. Setelah kuahnya agak pekat boleh lah ditutupkan api. (Jika suka, bolehlah tambah bancuhan tepung jagung)
  5. Hidangkan bersama nasi putih dsbnya.

2 comments:

HALAMANKU said...

waw.. kak Dj memang kaw.. tengok warna dah syedap lum raser lagi.. erma sker msk2 kicapni.. syedap n x muak.. nak join kak.. he heh e

dayang_jack said...

akak main ratah jer daging kicap ni. mmg tak muak rasanya...bolehlah kita join n gather2 nak?....hehe