Monday, July 19, 2010

Poulet Rotis A L'ail Et Puree De Pomme De Terre

Alahaiii....panjang betul lah nama ayam perancis ni kan...nak sebut pun berbelit2 lidah ni...hihik..Tajuk  panjang tu bermaksud 'Roasted Chicken with Garlic and Mashed Potatoes'...saja2 nak try masakan French ni setelah  sekian lama duduk dlm waiting list...hehe. Kalau tengok resepi di bawah tu simple je kan...tapi InsyaAllah, sedaaappp!...anak2 pun suka sgt2!...nilah hidangan utk dinner mlm ni. Ada lagi seketul dua, sapa nak cuba, meh la dtg cepat2...hehe. 

Resepi ayam rotis ni mmg mudah dan sedap kalau ikut selera anak tekak ni lah. Lain kali bolehlah buat lagi. Jom cuba!

Poulet Rotis a L'ail Et Puree de  Pomme de Terre
sumber dari Sajian Selera (Mingguan Wanita Mac 2007)

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam bersaiz kecil (dipotong ikut suka - taknak potong pun ok)
  • 80 gram mentega (dilembutkan)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 150 g ubi kentang
  • 5 ml krim putar (DJ guna susu segar 50 ml)
  • garam
  • lada sulah
  • daun oregano (DJ tambah sendiri)
Cara-cara :
  1. Bawang putih yg sudah ditumbuk disatukan dgn 50 g mentega, garam dan lada sulah.
  2. Bersihkan ayam dan sapukan dgn sebahagian dp mentega bawang putih tadi.
  3. Masukkan ayam dlm oven dan bakar selama 15-20 minit pd suhu 200-220C. 
  4. Keluarkan ayam, sapukan lagi dgn mentega bawang sehingga rata. Kemudian, bakarlah lagi hingga masak keperangan. (DJ taburkan oregano bersama lada sulah 10 minit sebelum masak)
  5. Untuk membuat kentang putar, rebus kentang yg telah dikopek kulitnya. Setelah empuk, barulah diputar.
  6. Masukkan 30 g mentega, krim putar, garam dan lada sulah ke dalam kentang yg telah lumat.
  7. Setelah siap, hidangkan ayam bersama kentang putar tadi.

si délicieux!

5 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam dayang..lama k.atie x brtandang kesini..emm sedapnya!lapar lak jln pagi2 nih...

annie deen said...

sedapnye dayang..
kentang tu nak putar guna apa eh...
buat kuah chicken chop pun best gaknya kan...

dayang_jack said...

@♥♥azatiesayang ♥♥

salam kak atie...trm ksh krn sudi bertandang ke sini...x kisahlah bila2 pun boleh kak...kalo xde org dtg, x best gak kan..hehe tq...

dayang_jack said...

@annie deen

salam kak annie...tq sudi komen..masakan ni mmg boleh tahan sedapnya...kentang putar tu dyg blend jer dgn pengisar. Campurkan sekali dgn susu atau krim die. Nak guna mixer pun boleh. selamat mencube yer kak...tq

dayang_jack said...

@annie deen

o ya lupe...potato tu nak makan dgn chicken chop pun sodappp!...