Friday, June 25, 2010

Pisang Goreng Rangup


Alhamdulillah...tercapai gak niat nak buat pisang goreng hari ni. Walaupun dah biasa main beli jer tapi nak jugak buat sendiri. Yang bestnya, pisang goreng ni walaupun dah sejuk tetap rangup. Kalau tengok bahan-bahannya, dyg tak letak air kapur sb alergik dgn rasa pahitnya walaupun letak dlm kuantiti yg sedikit. So, dyg tak letak langsung. Tetapi rasanya tetap sedap dan rangup. Sesetengah org menggunakan campuran tepung gandum bersama tepung beras dan ada juga yg mencampurkan dgn tepung jagung bagi merangupkan rasa pisang ni. Selain itu, ada gak yg bubuh minyak /marjerin panas utk memberikan rasa rangup. Begitulah, selera masing2 kan. Bagi dyg pula, dyg lebih suka guna tepung gandum shj (biasa guna Cap Sauh)...pun dah memadai. Hasilnya sgt menepati citarasa. Macam mana nak cakap yer??..Rangup tetapi lembut, bukannya rangup dan keras...hehe.

Sesiapa yg berminat, bolehlah cuba resepi ni. Terima kasih atas kunjungan anda. Nanti dyg akan jejaki anda jika ada kesempatan yer. 

Pisang Goreng Rangup
Bahan-bahan :

  • Pisang secukupnya (cth pisang abu : dibelah dua)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk 
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan gula (optional)
  • 3 sudu makan kelapa parut
  • sedikit serbuk kunyit
Cara-cara :
  1. Satukan tepung, baking powder, garam, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit di dlm bekas yg agak besar. Ratakan.
  2. Kemudian masukkan air sejuk dan sebatikan. 
  3. Masukkan pisang yg telah dibelah dua tadi ke dlm batter dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
  4. Panaskan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng.
  5. Gorenglah pisang hingga masak keemasan.

* boleh juga letak sedikit baking powder jika suka.
* campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.


*Resepi ini adalah salah satu resepi versi sendiri. Jika ada terluang nanti, dyg akan kongsikan satu lagi resepi pisang goreng sedap.

6 comments:

azian said...

Salam Dayang, selalu guna cara begini utk goreng udang besar. Tak pernah pula dgn pisang. Tentu lebih rasa lemak yer....

Aishah@Ariffin@Aqil said...

Salam akak...sedap nampak nih...

dayang_jack said...

@azian

salam...o yer ker??...dyg dh cube mcm2 batter utk wat goreng pisang tapi batter cenggini gak tetap jd pujaan...sesuai ngn selera anak tekak ni..hehe

dayang_jack said...

@Aishah@Ariffin@Aqil

w'salam...mmg sedaapp! cuba tau...tq :)

mama3A's said...

salam dyg... thnks share recipe. tp nak tnya sikit..
yang step no. 3 (sejukkan dulu 10 minit) tu apa maksudnya?

DJ Dayang said...

@mama3A's

sejukkan dulu pisang yg dicampur bersama batter tu ke dlm peti sejuk selama 10 minit. pas tu baru goreng. selamat mencube! :)