Saturday, May 01, 2010

Kek Kukus 3 Rasa



Plan sebenarnya nak buat kek Alwani Marble. Idea baru dah ada kat kepala ni...dah dapat bayangkan mcm mana rupa kek tu nanti...hehe. Tapi projek  Alwani terpaksa ditangguhkan dulu sb stok horlick dah habis.

Jom layan resepi kek ni...senang jer nak buat. Masak sekejap. Paling lama pun 1 jam. Tekstur keknya pun lembut (tapi tak berminyak), gebu dan sedap! Bolehlah...buat minum petang...hehe.



Rindulah...dah lama tak mengukus kek....

Kek Kukus 3 Rasa

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • 250 g tepung naik sendiri (diayak) 
  • 220 g gula kastor (DJ guna gula pasir yg dikisar halus)
  • 3 sb susu pekat
  • 125 ml marjerin cair 
  • 125 ml susu segar
  • 4 biji telur A
  • 1/2 sb ovalette
  • 1 sk pes pandan
  • 1 sk pes strawberi
  • 1 sk pes coklat / coklat emulco @ coffee emulco
Cara-cara :
  1. Sediakan air kukusan. Didihkan. Lengserkan loyang kek dgn mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Seelok2nya loyang dialas dgn kertas minyak.
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali marjerin dan pes2) ke dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga sebati. Tetapi jgn sampai overbeat.
  3. Masukkan marjerin cair tadi dan kaup balikkan perlahan2 dgn senduk kayu atau spatula.
  4. Kemudian bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Campurkan dgn pes pandan, pes strawberi, pes coklat dan satu bahagian lagi dibiarkan kosong.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli.
  6. Tutupkan loyang dgn kertas foil. 
  7. Kukuslah selama 1 jam atau hingga masak.
  8. Sejukkan kek sebelum dipotong. Jika ingin menyimpan lama, balutkan kek dgn cling wrap/ kertas plastik dan simpan di dlm peti sejuk.

Terima kasih atas kunjungan anda. Happy Labour Day and Happy May 2010!!!

6 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum kak..cecantiknya kek..nak copy la resep nya.. biasa wat kek kukus sik coklat je, try plak warnewarni ni..mintak izin

dayang_jack said...

@izahdaut
w'salam...trm ksh yer izah. hehe..kek simple jer ni tp rasanya boleh tahan sedaaappp! cubalah yer...tq

Yat Maria said...

DJ...kita pun nak pi copy resepi kek kukus nih..bebudak dah mintak buatkan..:)

dayang_jack said...

silakan yer...selamat mencube. thank you. :)

E-na Zarina said...

Dayang camna rupa pes pandan n strawberry tu?

dayang_jack said...

@E-na Zarina

yg pandan & strawberry emulco tu ler...ade jual kat pasaraya. nanti free dyg tayang sample nya. tp yg strawberi dh abis...dh buang botolnya...hehe