Thursday, March 04, 2010

Bahulu Lapis dan Bahulu Lapis Pandan


Bahulu stail gini kalau buat, gerenti cepat habis. Sebab tu kena buat dua loyang. Satu yg  biasa dan satu lagi berperisa pandan. Sebenarnya nak buat pun senang. Sekejap jer dah siap. Sebelum2 ni selalu gak buat bahulu gulung tapi smlm entah terasa malas nak menggulung...last2 buat yg berlapis pulak. Tapiii....punyalah susahnya nak memotong bahulu ni sb terlalu lembut...dalam hati berkata, baik kugulung jer, lagi senang...heheh...
Dengan resepi yg tak memerlukan belanja yg banyak, bahulu lapis yang dihasilkan mmg tak mengecewakan. Sangat gebu dan lembut.
ZZZzzoommm!!!
Bahulu Lapis

Bahan-bahan :
  • 100 g tepung gandum (diayak)
  • 90 g gula pasir (dikisar halus)
  • 1/2 sk baking powder
  • 3 biji telur A (pd suhu bilik)
  • 1 sk esen vanilla
  • jem secukupnya untuk melapis
Cara-cara :
  1. Sediakan loyang yg bersesuaian (nak guna loyang bulat pun boleh). Lengserkan dgn mentega dan alaskan dgn kertas minyak. Lengserkan lagi dgn mentega pd kertas minyak dan taburkan sedikit tepung. Panaskan suhu oven pada suhu 180C.
  2. Satukan gula dan telur di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang. (high speed).
  3. Masukkan esen vanilla* dan baking powder. Putar lagi hingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dgn senduk kayu. Gunakan kaedah kaup balik.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 20 minit atau sehingga perang menyeluruh.
  6. Setelah masak, keluarkan bahulu dari oven.
  7. Potong kepada beberapa bahagian dan lapiskan dgn jem yg disukai.
* Untuk Bahulu Lapis Pandan - esen vanilla digantikan dgn pandan emulco / pandan paste



Bahulu Lapis Pandan


Bahulu lapis pandan ni adalah kegemaran dyg. Dengan warnanya yg sudah semestinya warna favorite lagilah tergoda dan menambat selera. Tapi hanya sempat menjamah sepotong dua jer. Selebihnyaaa....faham-faham jerlah kan....hehe....



Bahan-bahan :
  • 75 g tepung gandum + 25 g susu tepung(diayak)
  • 90 g gula pasir (dikisar halus)
  • 1/2 sk baking powder
  • 3 biji telur A
  • 1/s sk pandan emulco / pandan paste
  • jem secukupnya untuk melapis
Cara-cara : Sama seperti di atas.

**susu tepung - boleh guna apa2 shj jenis susu tepung yang ada dlm stok. DJ guna susu tepung budak jer..

Bahulu lapis ni sangat lembut. Nak buat versi gulung pun boleh. Jika berminat nak cuba resepi ni, silakanlah yer. Semoga sukses!

7 comments:

kak ina kl said...

3 sudu besar gula hitam karamel (browning sugar) ..salam dayang..benda ni kalau tak ada nak ganti dengan apa..pastu tepung susu tu susu tepung ker?
teringin pulak nak buat..

baulu lapis ni memang sedapkan...ooo dah madukan nuffnang rupernya..camna income..lagi lebat ker?

fuzidss said...

aduhhhh ... warna hijau itu my fav colour...

dayang_jack said...
This comment has been removed by the author.
dayang_jack said...

w'salam kak Ina...

gula hitam karamel tu ade cara2 nak buatnya kalo tak dpt beli yg instant. Sebenarnya, gula tu mcm gula karamel @ gula hangus yg biase kte buat puding karamel atau kek gula hangus. Cuma gula hitam ni agak pekat sket. Akak leh tenguk kat link ni eh. http://www.myresipi.com/top/detail/6594

Selamat mencube!

Hehe...innity tu dyg join dgn rela hati sb dh terjatuh cinta ngn kaler hijau die tu...damai jer mata memandang stiap kali on9...hehe

dayang_jack said...

>>fuzidss

hehe...sama ler kte ni suke hijau...heheh

dayang_jack said...

>>kak Ina KL

lupe lak nk jwb tang susu tepung tu. Susu tepung tu ape2 jer susu tepung yg ade kat umah...dyg guna susu tepung budak jer...hehe

Norzie hany said...

Assalam Dayang.
Sis dah cuba resepi ni...sedap.Mohon cnp resepinya dan halalkan ye.Kalau ada masa jemput la singgah.