Monday, January 11, 2010

Tauhu Kukus Bersambal



Dah lama juga tak buat tauhu kukus. Sesekali makan mmg sedaaapp!..Kali ni makan dgn sambal. Rasa tak cukup pulak makan sekeping ni. Sambalnya yg buat tak tahan tuuu....

Tauhu lembut ni sekeping harganya tak sampai seringgit. Sesiapa yg tak pernah cuba atau yg tak berminat, cubalah sekali. Mana tau lepas ni jadi addicted pulak. Lagipun tauhu ni mmg baik utk kesihatan.


Bahan-bahan :
  • Sekeping Tauhu Lembut (dikukus hingga masak)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1/2 kiub pati ikan bilis / pati ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • hirisan daun bawang dan daun ketumbar
  • garam dan gula melaka / gula pasir secukup rasa
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga garing. Masukkan sos cili dan sedikit air. Setelah mendidih, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau hingga pekat. Tutupkan api dan siram pada tauhu kukus dan taburkan daun bawang dan daun ketumbar. Hidangkan.



7 comments:

Sue @ Nenie said...

Selamat pagi Dayang...

Saya pun suka makan tahu lembut niii...Biasa kukus ngan sos tiram n tabur bawang goreng jeeee...Emmm len kali ada masa boleh cuba style ni pula....

Hezrin Ahmad said...

saya pun suka tauhu lembut ni...nyum2

AZIAN said...

Selalu makan kat chicken rice shop....kena cuba jg resepi dayang ni .tq for sharing.

oshin68 said...

Mmg sedapppp....dah lama tak makan tp kat uk tauhu mahal! Huhuhu

dayang_jack said...

>> Sue @ Nenie

Malam dh ni..baru on9..hehe. selamat mencube yer...tauhu dgn sambal ni mmg sedap...

>>Hezrin :

Samalah kte ni kan...hehe

>>kak Azian :

u're welcome...selamat mencube yer kak...dyg pun suke gak mkn tauhu kat chicken rice shop...sedaap!

>>k.Oshin :

tq krn sudi singgah dan komen. Mmg tauhu kat oversea mmg mahal..x tau nape...alamat kene wat tauhu sendiri ler jawabnya...huhu

Queen of The Desert said...

Salam Dyg, dI Doha tok susah sikit nok dapat tauhu kacak kedak ya,tunggu mek balit M'sia kelak jak, teringat mek ngan taufu fa...yum!

dayang_jack said...

>> Queen of the Desert : o ya kah??..tauhu tok nang senang nk dapat di KL. Mcm2 jenis tauhu lembut pun ada. x hal...sabar jak kitak. Kelak dh balit ke M'sia polah jak apa yg dikenan.