Wednesday, December 09, 2009

Roti Daging Bersalut Telur

Kadang2 letih juga memikirkan nak masak apa utk sarapan pagi. Lagi2 nasik lemak, lagi2 cucur udang, lagi2 roti arab, lagi2 burger, sosej dsb. Apa kata sekali sekala kita tukar selera pulak dgn bersarapan roti daging bersalut telur. Sedap sangat kalau makan panas2. Kalau nak menggoreng pulak, elok pakai kuali non stick. Hanya letak sikit jer marjerin dan gorenglah roti ini sehingga keemasan (hati-hati jangan sampai hangus lak cam dlm gambar ni..nasib baik tak rentung...hehe)

Resepi ni sebelum ni ada disimpan kat dapur dayangjack MYR tu. Masa tu baru nak berjinak2 dgn myr...pakai kamera pun ala kadar jer sb tu tak berapa jelas...hehe...tapi resepi roti berdaging ni boleh tahan gak sedapnya...rugi tak cuba. Cuma kalau ada yg tak suka bubuh susu tu, tak payahlah letak yer...cukuplah disalutkan dgn telur jer. Tapi kalau letak lagi bagus.

Ok lah...time waits for no man...hari ni tak dapatlah nak bersidang lebih lama sb hubbyku nak bawak laptop ni ke Ipoh. Outstation lagikkk!!...tapi malam nanti baliklah...heheh...Jadi, pandai2lah layan diri yer. Nak makan, nak mintak resepi, nak tinggalkan mesej, buatlah apa yang patut. Mesej2 tu nanti akan dijawab kemudian. Kena bagi tau awal ni supaya tak tertunggu2...heheh.

Selamat bersarapanlah yer....thank you krn sudi singgah! mmmmuahh!


Bahan-bahan : untuk seorang makan
  • 2 keping roti sandwich
  • 1 sudu bsr daging cincang (minced chicken pun boleh)
  • 1/2 ulas bwg besar (dicincang)
  • 1 ulas bwg putih (dicincang)
  • 1/2 camca kecil lada sulah/serbuk lada hitam
  • 1 sudu bsr mayonis
  • 1 sudu bsr marjerin
  • 1/2 biji cili merah (dihiris dadu) - optional
  • 1 biji telur
  • sedikit keju parut
  • 50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 camb dan dibancuh dgn sedikit air)
  • secubit garam
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
Cara-cara :

  1. Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau rata2 selama 1-2 minit.
  2. Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam. Kacau perlahan (1 minit). Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
  3. Sapukan sedikit mayonis pd roti, kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lg.
  4. Pukul telur bersama susu segar. Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper dengan api perlahan.(elok guna kuali non stick)
  5. Hidangkan bersama segelas susu atau jus oren jika suka.

6 comments:

Watierman said...

Salam Dayang Akak buat roti telur jer tak letak daging....hari ni...dah ketandusan idea kan..pepagi nak buat apa!!!

aroha mizwa said...

wah cedapnyer roti akk ne harus dicuba sb brg dh ada dirumah...akk fired chicken slices cm resepi dibawah tuh buat cm ner ek..

E-na Zarina said...

memang fenin nk pk menu evryday kn...nway roti tu nmpak sedaaap je..nak jugak!

dayang_jack said...

to kak watie : w'salam..hehe..dyg pun salu gak buat mcm tu kak tp sesekali mkn roti berdaging mmg best..kdg2 kenyang n skip lunch lak tu..hehe

dayang_jack said...

to mizwa : tq..nanti akak update resepi chicken slices tu eh...

dayang_jack said...

to E-na : mmg sedap roti ni tau tp malangnya dh abih ler yang..kene ler buat sendiri jawabnya...hehe