Thursday, December 10, 2009

Ayam Masak Lemak Pedas


Tengahari tadi sempat gak jenjalan ke rumah Love2Cook sementara menunggu ayam tengah memerapkan diri dgn masker kunyit. Tup2 resepi ayam masak lemak pedas dah ter'update'. Apa tunggu lagi...teruja sgt2 nak mencuba. Sebenarnya dah ada plan nak masak ayam dgn resepi terbaruku tp biar jelah dulu. Nanti2 boleh buat. Lagipun bahan2 perencahnya tak buat lagi. Nak cuba resepi Love dulu. Nampak mcm menyelerakan jer...

Love, memang sedaplah ayam ni sampai berpeluh2 makan...hehe. Betul2 pedas!...tapi mmg dah agak dah. tengok bahan je dah tau pedas. So, dyg goreng ayam lain lak utk si kecik. Si kakaknya boleh tahan lagi dgn masakan yg pedas2 sb dah biasa makan yang ada cili api tu. Anyway, thanks ya Love. I liked it a lot!.....akak dah C&P resepinya di sini without your permission,..i don't care...huhu..sb akak saja nak bg surprise kat Love yang akak dah cuba resepi ni...hehe.....thanks a lot dear...

Bahan2nya :~
  • 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong sederhana (digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam)
  • 10 tangkai cili kering * ~ dididihkan bersama air dan garam terlebih dahulu (adjust kuantiti)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm lengkuas * (i added)
  • 1 cm halia *
  • 1 biji bawang besar *
  • 3-4 batang serai *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 8 tangkai cili padi *
  • 200ml santan pekat
  • 2 asam keping
  • air ~ ikut suka
  • daun limau purut (optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
  • sedikit gula melaka (i added)
Cara-cara memasaknya :~
  1. Kisar bersama bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak, tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak. Kacau selalu.
  4. Tambahkan air dan garam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan santan dan asam keping... kacau dan biarkan mendidih lagi.
  6. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutupkan kuali dan biarkan seketika, taburkan daun limau purut.
  7. Kacau sekali lagi dan padamkan api.
  8. Sedia dihidang!

6 comments:

LOVE2COOK said...

KakDayang!!! Kekeke...macam tuh la! Takyah tanya permission pun! ;)

Wow, looks so delicious la ur Ayam Masak Lemak Pedas nih! Uh, akak added galangal and sugar erk? Okey, next time Love will try that too! :)

Tks for trying the recipe kak! I'm so touched ya! :))

Okey, nak tapau for dinner nanti! muahaha!

Sue @ Nenie said...

Wahhh...Ayam Jack, nampak pun nyummy nyummy gitu

dayang_jack said...

Love, hehe...thanks. akak suke sgt mmkn ayam style mcm ni. so tasty n spicy. thumbs up, Love! OOpss! sorry, akak added lengkuas n gula melaka sikit sb dh terbiase. lagipun itulah yg akan menambahkan lbh kelazatan pd makanan. Gerenti tak cukup utk seekor ayam tu..hehe. Tapi jgn letak byk sgt. Sikit2 je utk secukup rasa.

ok...dis is for u, love...enjoy eating!! ;)

dayang_jack said...

Sue, thanks...hehe. mmg yummyy sgt2!! resepi dr Love. jom makan!!! ;) :D

Watierman said...

Sukalah korang layan resepi ayam yer..mentang2 Akak tak makan ayam !!! huhuhu...

dayang_jack said...

k.Watie, laa akak ni x mkn ayam ker?? huhu...same ler dgn mak n mak2 sedara kte tu..kalo die org dtg umah, mesti buat lauk vege gak..kalo tak, sangguplah depa menahan lapo...hehe