Sunday, December 11, 2011

Kerisi Goreng Berempah dan Sup Tulang


Lega rasanya dpt update blog lagi. Salam hujung minggu semua....

Terima kasih yg tak terhingga kpd semua yg telah sudi singgah dan juga meninggalkan jejak di sini. Jika ada kesempatan DJ akan reply ye. Dan tak tak lupa juga pd entri yg telah lepas, jutaan terima kasih atas limpahan ucapan dan doa2 kalian. Terharu rasanya. InsyaAllah, semoga hubungan kita sesama rakan di alam maya ini akan bertambah akrab dan berpanjangan. 

Hari ini DJ hanya nk tayang menu yg dah acap kali buat pun. Yang simple tapi sangat menyelerakan. Seronok sgt dpt tayang menu hari ini biarpun dh lewat ptg...xpe la kan...janji dpt kongsi resepi, ye tak??..hehe. 

Menu pilihan hari ni ialah ikan kerisi goreng berempah. Dah lama sebenarnya tak mkn ikan ni. Sekali dpt yg fresh, DJ masak time tu gak. Bau dan isinya pun enak. Sesekali buat goreng berempah, perghhh! mmg mengancamlah rasanya. Rasa nk menambah nasik tapi DJ belum habis diet lagi...ekeke.

Ok jom kita semak resepinya.

Kerisi Goreng Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi sederhana (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan cili serbuk
  • garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari
Cara-cara : Gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit. Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama nasi putih.




Ini pulak sup tulang. Ikut resepi yg dah biasa DJ buat. Memang xnk tukar resepi lain lg selagi masih berselera dgn resepi ni...heheh. Sedaaaaaaap yg amat!...buat masam2 lagi tu..adehh...mmg sesuailah mkn time hujan2 ni....

Sup Tulang Pedas Masam (resepi II)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1 kilo tulang lembu (DJ campurkan sekali dengan beberapa ketulan daging biasa)
  • 1 sudu makan perencah sup + sedikit air dan bancuhkan (tak letak pun ok)
  • 1 peket sup bunjut atau rempah 4 sekawan
  • cili padi secukupnya (diketuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 cawan jus limau nipis (lebih masam lagi bagus)
  • garam dan gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
  • ubi kentang, tomato dan karot untuk campuran
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Masukkan tulang bersama air dan sedikit garam di dalam periuk. Jerangkan dengan api sederhana. Masak tulang untuk beberapa ketika sehingga lemak-lemak dan minyaknya keluar. Kemudian dengan menggunakan senduk atau sudu, buangkan atau cedok keluar minyak-minyak tadi hingga habis. 
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk dan rempah hingga wangi. Masukkan perencah sup(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam periuk berisi tulang tadi. (Masukkan sup bunjut jika tak menggunakan rempah 4 sekawan). 
  3. Masak hingga hampir empuk. Sentiasa tambahkan air panas jika sudah berkurangan. 
  4. Masukkan ubi kentang, karot dan bahan-bahan selebihnya. 
  5. Setelah masak dan empuk, tutupkan api. 
  6. Hidangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  7. Makan panas-panas, sedaaapp!
alahai...sebenarnya nk buat sambal belacan bodo...tp takdan nk buatlah ari ni. Lain kali je la. Mesti ada tergelak bl DJ sebut sambal belacan bodo ni kan...hehehe. 

7 comments:

Sugar 'n' Spice said...

jln2 bawa powot....vahhh...nampak sedap laa kerisi goreng tuuuu..... nk try la nextime...hhiihi

rahel said...

Selamat ptg Kak DJ..Rahel ada bawa pinggan..nak ambik sup tulang sikit..bikin ngences aje..

EmbunRosaliza said...

Assalam DJ, sedapnya kerisi berempah tu mkn berkuahkan sup masam pedas rasa nak nitik dah ni, sedap, emm kalo ada sambal belacan bodo lagi best cicah ulam timun, akk suka sambal bodo2 gitu heheh

CitarasaKu said...

Assalamualaikum,
Pagi pagi dah nampak sup tulang haaa perut terasa lapar laaa.

SARIMAH MD ALI said...

Hmmm...terasa lapar saya bila tenguk ikan kerisi goreng dan sop tulang ni. Nak makan, dah malam. Aduh DJ sedapnya kalau yang di alam maya ni berada di depan mataku.

Diana @ Melley Mey said...

Akak...
tgk menu2 kat atas tu... terus meronta2 perut nie tau.. hehehee.. makin lapar d buatnya... sedaaap!!

lilynn said...

bagusnya...nnt nak minta izin copy resepi ya...