Monday, October 10, 2011

Siakap Stim Halia.... Mudah dan Sedap!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari ni sempatlah menayangkan apa yg dimasak utk lunch tadi biarpun dpt publish satu jenis lauk ni je. Alhamdulillah, seperti yg dirancang dr awal pg tadi, DJ buat siakap stim, telur mata kerbau bersambal dan sayur tauhu tumis. Memang sedap dan menyelerakan. Rasa nak menambah nasik, tp terpaksa kontrol gak sb diet punya psl kan..hehe.

Ok, ikan ni kan ..kalau rasa malas sgt nk masak yg berat2, buat stail gini lagi mudah. Dahlah senang, sedap pulak tu. Rasanya ada masam2 sket...sesuailah utk org yg x ada selera makan atau yg sakit. Gerenti berselera!... 

Jom kita semak resepinya....

Siakap Stim Halia
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 inci halia (dihiris halus)
  • 2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • sedikit air
  • garam
  • hirisan daun sup
  • 3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
  2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
  3. Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
  4. Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
  5. Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar. 
  6. Hidangkan bersama nasi putih.

***TUAN RUMAH AKAN BERCUTI REHAT DARI BERBLOGGING MULAI ESOK. JIKA ADA KESEMPATAN, AKAN ADA ENTRI BERJADUAL. APA2 HAL HUBUNGI DJ DI FACEBOOK. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA SEMUA. 

5 comments:

kzai said...

mmg menyelerekan lauk2 simple mcmni dayang..dh pasti kalu mkn bkn takat 1 pinggan saje...nk lg...dan lagiiii..

Mas said...

perhhhh..sedappp tu kak dayang..
lama dah tak stim ikan...

Soo Hae Daa said...

suka..suka masak ni jugak..senang dan mknn sihat kan? best lak tuh =)

inahar ali said...

waduh..terus laporr pewut akak masuk sini..pastu termiss sudaaaa kek lapis kenyalang tu..adoyaaaii!

lina said...

salam DJ - mmg sgt suka ikan siakap kukus sedap, cepat, bekhasiat dan ringkas...semua ada dlm satu mangkuk kan...