Wednesday, October 26, 2011

Fragrant Chicken Curry

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Mula2 nak wish Happy Diwali kpd semua rakan pembaca yg menyambut perayaan ini terutama rakan kenalan alam maya, blogger masakan jugak, Love2Cook. Semoga ceria dan bahagia bersama orang2/keluarga yg tersayang ye. tetiba rindu plak dgn masakan ayam Love...hehe. 

Ok, hari ini DJ nak kongsikan satu lagi masakan ayam yg best dan sedap sgt. Pada asalnya DJ nk buat Fragrant Fish Curry resepi Diana tu. Tapi malangnya minggu ni dah kehabisan stok ikan segar. Yang ada, ikan terubuk masin je. Takkanlah nk buat dgn ikan terubuk tu kan. Kang jd lain plak rasanya...haha...mmg tak dpt kubayangkan mcm manalah rasanya ek...ekeke...tergelak sorang2 dah ni ...

Memandangkan stok ayam byk lg, so, DJ guna ayam jelah. Tapi byk bahan gak kena tolak tambah tau. Ingat nk C&P terus je resepi Diana ni tapi DJ terpaksa edit gak mengikut bahan-bahan perencah ayam ni. Tapi msh tak lari dari teknik memasak asalnya ye iaitu tak menggunakan air. Memang mabeles!! ..dan sgt menepati citarasa DJ sekeluarga. 

sila abaikan daun kariku yg sudah kering itu tp msh beraroma lagi...
ambik dari rmh FIL bulan pose ari tu. Tak habis lagi sampai skrg. 

Kpd Diana, terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yg sedap ni tetapi akak nk mintak maaf byk2 sb terpaksa mengedit resepi ni mengikut stok ayam. Apa2pun, akak panjangkan resepi asalnya Fragrant Fish Curry di sini untuk rujukan bersama ye. Lain kali akak nk try guna ikan putih plak. Mekasih byk2...

Sesiapa nk mencuba resepi versi ayam atau ikan ni, sudi-sudikanlah ye. Memang sedap!

Fragrant Chicken Curry
sumber asal : Diana (Fragrant Fish Curry)
resepi olahan : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit dan tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan B :
  • 4 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 5 biji bawang merah (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 biji cili merah (dihiris) - DJ tak letak
  • Cili padi jika nak bubuh (DJ tak letak)

Bahan-bahan C :
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam + 1/2 sudu makan serbuk cili (dibancuh bersama sedikit air)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 1/2 sudu makan kicap cair/kicap manis
  • Gula secukup rasa
  • sedikit air asam jawa

Cara-cara :
  1. Lumurkan ayam bersama garam, serbuk kunyit dan saluti dengan tepung jagung dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan hingga terbit bau.
  3. Kemudian masukkan pes kari dan daun kari. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Setelah itu masukkan kesemua baki bahan B dan C. Kacau sebati.
  5. Masukkan ayam goreng dan digaul rata. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
  6. Sedap dimakan dengan nasi putih panas.
(resepi ini tidak memerlukan air. harap maklum)


Resepi asal :
Fragrant Fish Curry

Bhn²
600 gm ikan putih _ d potong kecil
Garam
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bhn² A
4 tangkai daun kari
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
4 ulas bawang putih _ d cincang 
4 ulas bawang merah _ d cincang
1 biji cili merah _ d hiris
Cili padi jika nak bubuh _ ( Diana tak bubuh )

Bhn² B
1 1/2 tbsp serbuk kari Baba's
1/2 tbsp sos tiram Maggi
1/2 tbsp kicap cair Loon Kee
1 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
Gula secukup rasa

Cara²
Lumurkan ikan bersama garam dan saluti dengan tepung jagung.
Goreng ikan d dalam minyak yang panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak d dalam kuali... tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan cili merah dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan goreng sehingga terbit aromanya.
Setelah itu boleh ler d masukkan kesemua baki bhn² B dan tumis seketika.
Masukkan ikan goreng dan gaul rata.
Masak selama 3 minit d atas api kuat dan angkat.
Sedap d makan dengan nasi putih panas.
Untuk resipi nie... jangan tambahkan air yer. :)

5 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Memang nampak sedap.....

Ida,Japan said...

DJ Oishii ne!...bila2 boleh jugak try, dh lama pandang2 dr dapur k'diana

Naz / Nadz COSK said...

Kak Dayang ooooo..kak Dayang.. Awatnya keluar berdesup2 entry ni.. Mood mengentry semakin meningkatkah?? hehehe.. Mmg mengancam ayam ni. Naz pun dok jeling2 dah kat blog Diana tu tapi tak dan nak buat lagi..

Diana @ Melley Mey said...

terima kasih akak kerana sudi mencuba... tgk versi ayam nie sedap ler akak... nak cuba juga nnt.. :)

Diana @ Melley Mey said...

ermm rasanya dah komen tapi x der plak yer.. x per komen lg.. :).. boleh kan akak... terima kasih akak kerana sudi mencuba... versi ayam nie nampak sedap... nnt nak cuba jugak