Wednesday, October 05, 2011

Ayam Masak Lemak Harum


Ayam Masak Lemak Harum
resepi : DaYangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam - dipotong sederhana kecil dan dibersihkan
  • sedikit serbuk kunyit
  • 200 ml santan atau secukupnya
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 biji buah keras (ditumbuk)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

bahan-bahan kisar:
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 1` inci halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1cm lengkuas

cara-cara :
  1. Ayam dilumur bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga 3/4 masak. Toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak ayam tadi untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan-bahan kisar dan daun pandan sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan buah keras dan kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak hingga kuahnya menjadi agak pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan ayam dan masaklah sehingga empuk.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

8 comments:

Nieza said...

tu la dok tunggu gambar tak keluar kak ...tapi berbau harum tu yg terbang juga ke sini..hehe

DJ Dayang said...

@Nieza

hahaha....mcm penah kubaca je ayat tuu...tp di mana ya??.... :D

akak x ingat mane akak simpan gambar tu...maybe msh dlm camera lg kot..x sempat nk masuk folder...ok2 nanti akak cari dulu eh. menu ni menu dh lps...hehe

ibundo said...

salam,
lemak berkrim. Makan dengan nasi impit sedap..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Dayang..wahhh, ada daun li au purut dan serai..sah sah wangiiii je masa masak ni

akiratoriza said...

takut jek nak makan sebab lemak n harum... hihihi..

DLa MaTaSaN said...

Salam.sda try masak tadi.ekceli ada certain bahan yang xdak sebab xjumpa kat sini, tapi rasa dia tetap sedap.terima kasih untuk resepinya :)

Anna Pisoon said...

salam DJ....saya dah try resipi nie...mmg sodap...first time masak lomak..xsangka lak menjadi...husband like gtue....thanks for sharing da resipi...huhuhu.. :)

DJ said...

TERIMA KASIH KPD SEMUA YG TELAH SUDI MENCUBA RESEPI INI. JANGAN SERIK UNTUK MENCUBA BYK LAGI RESEPI DR DAPURKU SAYANG YE. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.