Sunday, March 06, 2011

Siakap Stim Lada Hitam


Menu ringkas hari ni. Sedaaapp!

Siakap Stim Lada Hitam

bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 2 sk lada hitam tumbuk
  • garam
  • 1 sudu makan sos tiram + 1/3 cawan air (bancuhkan)
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • hirisan daun sup
  • cili merah atau cili padi (dihiris)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan airnya. Sediakan bekas tahan panas atau loyang. Lumurkan ikan bersama garam dan lada hitam. Kemudian letak di dalam bekas tahan panas/loyang tadi. Taburkan bawang putih dan halia di atasnya. Kukus selama 15 minit.
  2. Setelah itu buka penutup kukusan, masukkan pula bahan-bahan selebihnya dan kukus lagi sehingga masak sekata. 


6 comments:

Mas said...

kak dayang..walaupun ringkas..
nampak sungguh sedap la kak...

DJ Dayang said...

@Mas

tq mas, akak suke siakap stail gini buat masa ni. yang goreng2 tu kene stop dulu.
ikan stim ni senang nak masak tp sedap dimakan. mcm maggie lak...hehe

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum kak dayang,
biasa buat tanpa lada hitam, leh try len kali ni.. =)

Mak Qis said...

salam dayang

hari neh akak lepak kat blog dayang je...sempat la try 2 resepi...akak buat kek lapis coklat n udang kicap cili sos (x de ketam..hukss)

mekaseh dayang...sedappp semuanya.

DJ Dayang said...

@~Norul Mas Hana ~
w'salam,

silakan yer Norul. Sesekali ubah selera apa salahnya kan...hehe. selamat mencube!

DJ Dayang said...

@Mak Qis
w'salam...

trm ksh eh kak sudi melepak di sini. Nak lepak slalu pun xper..hehe. BTW, mekasih byk2 sudi cube resepi kek dan udg. really appreciate!...tqvm.