Saturday, March 12, 2011

Roti John Mudah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Baru nak bersiaran sementara ada kesempatan. Hari ni tak kemana-mana. Duduk rumah jer. Kemas-kemas apa yang patut. Anak-anak pun tengah khusyuk melayan TV. Tak apalah kan, bagi kelonggaran sket time cuti sekolah ni. Kalau tak ada aral melintang, hubby tak busy dgn kerja, InsyaAllah next week nak bawak bdk2 ni  pergi bercuti tapi tak pasti ke destinasi mana. Plan ari tu nak ke Genting atau Penang. Tengoklah mcm mana nanti. 

Oklah, pagi tadi sempat buat roti John. Sgt2 mudah. Hari tu tak sempat nak update resepinya. Minta maaf sekiranya ada yang tertunggu2 yer. Kali ni guna burger ayam jer. Enak bangat! 

Lunch hari ni plak masak kari kepala ikan dan ayam goreng. Actually tak berapa berselera sgt nak makan sb tak ada geng...hehe. Apa2pun jom kita semak dulu resepi mudah roti John...


Roti John Mudah


bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan

  • 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)
bahan inti :
  • 2 keping beef/chicken burger (direbus sampai lembut dan dilenyek)
  • 2-3 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 sk serbuk cili
  • hirisan bawang besar/Holland
  • hirisan daun sup
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • sedikit garam jika perlu (DJ x letak)

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan inti di dalam mangkuk dan kacau sebati.

Panaskan sedikit mentega/minyak masak di dalam kuali leper. Kemudian dadarkan adunan telur tadi. 

Tekapkan roti di atasnya sebaik sahaja telur hampir kering. Angkat dan terbalikkan roti. Kemudian hiaskan dengan hirisan kobis, bawang besar, tomato, sos cili dan mayonis. Ikutlah citarasa masing-masing.

Lipatkan roti dan potong beberapa bahagian.

Sedia untuk dimakan...

10 comments:

Sheila Shafea said...

Salam k.Dy,sdp npk roti jhom tu ank kat rmh pun suka bawa bekel pasti habis..selamat beholiday besame family... yeee ..

Mas said...

buat sendiri roti john memang puas hati kan kak...
boleh letak segala tok nenek..he..he..
sedappnya tengok roti john akak tu...

dZana said...

betul kata mas.. mewah serbaserbi klau buat sendiri...

DJ Dayang said...

@Sheila Shafea

w'salam...

roti ni antara fav akak. anak-anak pun suke.

thanks yer shiela...selamat bercuti!

DJ Dayang said...

@Mas

btl tu mas, boleh ltk sesuka jer kan. hehe..siap tuk nenek ekk...haha

DJ Dayang said...

@Mas

btl tu mas, boleh ltk sesuka jer kan. hehe..siap tuk nenek ekk...haha

DJ Dayang said...

@dZana
yup, setuju sgt2...hehe

Dian said...

ni kalu cuba masak mst anak2 pun suka...silap2 ngan bapak anak2 mintak lagi...slurp!

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedap...sedap...saya pun selalu buat roti john sendiri. heheh...puas hati,kan?
http://blogsimpanresepi.blogspot.com/2011/05/home-made-roti-john.html

mushroom said...

senangnya nak buat roti john.. nanti nak try la.. terima kasih ya sebab bagi resepi ^^