Friday, March 25, 2011

Ikan Kembong Chuan-Chuan

Siang tadi buat siakap. Malam ni buat ikan taucu. Kes dah lama x makan taucu ler ni...hehe. Memang amat2 menyelerakan!...Alhamdulillah...tertunai juga hasrat di hati....


Ikan Kembong Chuan-Chuan

bahan-bahan : 2-3 orang makan

  • 3 ekor ikan kembong  (digoreng hingga masak)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • sedikit halia (dihiris)
  • 2 sudu makan kicap manis atau 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu besar taucu
  • sedikit cili padi (diketuk)
  • hirisan cili merah dan cili hijau
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit daun sup
  • sedikit gula jika perlu
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan taucu, kicap, bahan-bahan cili, gula dan daun sup. Masukkan sedikit air. Kacau sebati. 
  3. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul-gaulkan hingga rata. Akhir sekali masukkan tomato. 
  4. Hidangkan setelah masak. 

11 comments:

Zaliedana said...

Kak dayang,pergh sedap tuh kak..da lagi x..nak ckit..Nasi dah bawa dah ni kak..

Watie Rose said...

lauk yg simple dan senang nak disediakan..kann..

Mas said...

sedapnya mas tengok ikan tu kak dayang...
boleh gak cuba nanti..he..he..

DJ Dayang said...

@Zaliedana

akak buat 3 ekor jer mlm td cukup utk mkn 3 branak..hehe. tp mmg sedaaap!

DJ Dayang said...

@Watie Rose
btl tu, simple, mudah, cepat dimasak dan sedap!

DJ Dayang said...

@Mas
mmg harus dicube, mas. lauk ni cepat dimasak dan sedap dimakan... :)

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Nak tinggal jejak jugak w/pun dah ketinggalan zama. Nampak sedap le kak.n

LinRosly said...

Assalamualaikum Dayang

Masakan kalau bubuh cili padi ni mmg membuka selera Kak Lin...Kak Lin suka masakan yg pedas2..laparrrrrnya!!!

DJ Dayang said...

@Kak Sam
xper, lmbt pun x kesah asalkan dtg...hehe. trm ksh yer sudi singgah

DJ Dayang said...

@LinRosly
w'salam kak lin,

btl tu..kalo ade cili api lg mengancam lauk ni kan..hehe

ma'chiks said...

mak datuk, sedappnya masak tauchu, dan dan terliur..