Tuesday, March 15, 2011

Ayam Madu Sticky


Petang tadi sempat masak ayam madu sticky ni. Tapi DJ adjust sket mengikut citarasa. Buat sedikit berkuah sb anak-anak suka kuah madu yg sticky tu...mmg sampai menjilat jari....best2!...trm ksh kpd hana yg  sudi share resepi sedap ni. Akak kopipes resepinya dari rumah Izah. TQ izah. Sebenarnya lbh kurang sama jer dgn ayam madu yg biasa DJ bakar tu. Bdk2 mmg suka. 

Jom semak resepinya...

RESEPI AYAM MADU STICKY


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato (DJ letak sos cili dan sos plum)
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam (DJ tumbuk kasar)
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
  • sedikit hirisan daun sup (DJ tambah)
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min. (DJ tak perap bersama madu)
  2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak (DJ guna minyak masak dan minyak bijan). Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar. Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit. (DJ masukkan madu dan daun sup ketika ayam 1/2 masak)
  3. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  4. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

10 comments:

lina_pg said...

salam yang..amboi ayam dier posing dlm taman..meh kite tuko ngan eskrim goreng nak?

DJ Dayang said...

w'salam...

boleh2...jom!mmg tgh tunggu mkn eskrem nih...yummmyyyy!.. hehe

K.Nor said...

dah siap ayam ya.. meh 2 ketul..wat ratah, tak nak makan dgn nasi dah malam2 ni :)

Zaliedana said...

Kak dayang oi kak dayang,mai nak ngendeng ayam nih,dah nak menitik ayaq liuq dahni...Ngee..Kak,nila aym yg duk lam singki lagi tu yer..muahaha..

Umm Mymoonah said...

Very tempting clicks, looks so delicious.

hana said...

ishh mana ilang komen td.. tima kasih kak sudi cuba...)and thanx doakan kami kat sini...

LinRosly said...

Assalamualaikum Dayang...

Sedapnya Ayam Tu..Boleh Cuba Ni..

HaSue said...

Kmk suka juak mk makan giya jak ehh..x mok nasik..dietttt!!hahah..pandey on off diet tok ehh..

izahdaut said...

kak dayangggggggg..
mekasih kak dayang tayang kek tu.kalau ada the makiing best gak ni.
kek tu memang best gebu elok je, tapi tak puas hati sebab tak reti nak gulung bagi kulit dia tak melekat.saya letak atas baking paper tu, pun melekat la kak.ke dasar tangan kejung ni rasanya.hahhaa..
tapi i like...nanti nak buat lagi, sebab cik abang tak sempat nak merasa lagi kek tu..hehee

mekasih kak ek.sesambil ngap 2,3 ketui ayam ni.sedap kan.

Peri PiA said...

sys dj!!pia penah buat ni,tp xctk mcm ni hihi.maklum la amatur lagi :D

sedap