Monday, November 01, 2010

Tenggiri Pedas Masam Manis


Inilah menu utk dinner malam ni. Sedap bangat!


Tenggiri Pedas Masam Manis

bahan-bahan :

  • 6 ketul ikan tenggiri (digoreng spt biasa hingga masak)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • sos plum/sos masam manis/sos tomato
  • sos cili
  • garam dan gula secukupnya
  • 1-2 sb cili giling/cili kisar
  • hirisan daun sup
  • cili benggala (dihiris dadu)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling/cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos plum, sos cili dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih. Kemudian barulah dimasukkan bawang besar, cili benggala, garam, gula dan daun sup.
  3. Akhir sekali, masukkan ikan yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

3 comments:

leen hussain said...

memang nampak sedap pun dayang...

dayang_jack said...

salam leen...

lm x dgr citer...sht?..ikan ni mmg sedap lbh2 lg time tgh lapar ni kan..hehe..trm ksh yer sudi singgah...miss uu!

izahdaut said...

akak..saya pun nak cube la tenggiri masak mcm ni...minggu ni bleh buat..pasti..cewaahh