Wednesday, November 10, 2010

Kek Kukus Rossaleenda

Salam...

Apa khabar semua?...harap2 sihat, cergas dan cerialah sentiasa yer. Tuan rumah sihat Alhamdulillah. Terima kasih kpd yg sudi bertanya. Minggu ni merupakan minggu yg paling sibuk buat diri dyg sb ada banyak hal yg perlu dibereskan sebelum bercuti dan pulang ke kampung halaman tak lama lagi. Dah nak dekat dah ni. Excited pun ada, sedih pun ya, dan bermacam2 perasaanlah ketika ni. Kalau nak cerita, mau sebuah buku jadinya...hehe. 

Ok lah, semalam dah janji dgn rakan2 kat FB tu nak update blog dgn resepi kek terbaru. Tapi tak sempatlah nak berbuat demikian sb kepenatan teramat2 sgt lepas balik dari JLN TAR ptg semalam tu. Ingatkan sempat nak tulis entri lepas tu, baru jer online, tiba2 otak jd  'blank' pulak dah. Tak tau nak cakap apa. Penat pun satu hal lagi. Last2 tidur jelah...hehe. Begitulah pendeknya sebuah cerita...haha.

Hari ni dyg nk share satu resepi kek kukus yg mudah dan sedap. Ala2 Rosalinda gitu...ala, yg mcm dlm  telenovela suatu ketika dululah...bila nampak kek ni terbayang2 jer rupa Rosalinda tu. Hmm..boleh imagine tak??...hehe. Kalau tak dapat imagine, cuba dengar lagu yg sedang berkumandang ni...boleh bayangkan tak??..hehe. Kalau tak dpt gak, buat tak tau jelah yer....hehe. Sebenarnya kek ni lbh kurang jer rasanya dgn kek kukus yg pernah dyg buat sebelum ni. Cuma teksturnya mungkin sedikit berbeza. Teknik mengadun pun tak sama dgn kek2 sebelum ni. Apa2pun, kek ni InsyaAllah sedap, lembut dan wangi. O ya sebelum terlupa, kek ni bukanlah kek lapis kukus Sarawak yer. Kek yg biasa2 jer. Bolehlah buat utk minum petang ker, utk berkelah ker, utk raya haji ni ker atau apa2 jelah. Yang penting, sedap!



Kalau ada sesiapa teringin nk cuba, dipersilakan dgn senang hati yer. Thanks for stoppin' by. 

Kek Kukus Rossaleenda

bahan-bahan : loyang 22-24 cm
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 250 g mentega (dyg guna butterlite jer)
  • 170-180 g gula kastor
  • 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
  • 4 sb serbuk horlicks
  • 4 sb susu pekat
  • 2 sb chocolate rice
  • 2 sb milo (dibancuh dgn 1 sb air panas)
  • sedikit pandan emulco (dicampurkan dgn sedikit pewarna hijau)
  • sedikit pewarna merah jambu (boleh juga dicampurkan dgn pes strawberi)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Sapukan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya alas loyang dgn kertas minyak. 
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar dgn kelajuan maksima. Putar hingga gebu. Ketepikan.
  3. Di dlm mangkuk pengadun yg berasingan, satukan mentega bersama susu pekat dan kuning telur. Pukul hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk horlicks dan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan. Pastikan adunan sebati.
  4. Kemudian, satukan adunan dgn meringue(putih telur) tadi. Putar perlahan hingga sebati. 
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap satunya dibubuh pewarna merah jambu, pes pandan dan satu bahagian lagi dibubuh pes milo. Untuk adunan milo tadi, masukkan chocolate rice dan kacau perlahan. 
  6. Tuangkan lapisan merah jambu di dlm loyang dan ratakan dgn spatula. Kemudian, tuangkan pula adunan milo di atasnya. Ratakan hingga menutup lapisan merah (tidak perlu ditekan kuat). Akhir sekali dituangkan lapisan hijau. 
  7. Setelah itu, tutupklah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukuslah selama lebih kurang 1 jam atau sehingga kek masak. 
  8. Setelah masak, tutupkan api pengukus dan biarkan sebentar selama 10-15 minit. Barulah kek dikeluarkan dari pengukus. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang. Selamat mencuba!
Sedaappp!


11 comments:

K.Nor said...

amboi!! rosalinda tuh.. mcm pernah ku dengar nama siapa kah itu!! hihi
rosalinda ayamor :)

dayang_jack said...

hahaha... ayyaa morr...hahaha

psst! kak Nor, dyg pun penah dgr gak nama tuh...hahaha

Mas said...

mas minat cerita tu dulu....tak sangka ada kek lak....nnti nk try buat la...masuk listt dulu...tengok jer dah tahu sedappp...

dayang_jack said...

mas, tu ler psl...akak dpt idea ltk nama ni time dgr lagu tu...hehe

HaSue said...

rasanya ku tahu sapa itu wahai kak nor..haha..x tepat pun sipi2 mesti betul punya.. :P
terbayang2 rosalinda dengan dressnya dgr lagu tok eh..hehehe

oppp..mintak sepotonggg!!

dayang_jack said...

HaSue : rasa2 kamek pun kenal juak Rossaleenda ya...kembar Rosalinda kot...ekeke... :P

AZLINA said...

Salam DJ, cepat2 dtg bila ternampak bayangan Rosalinda kat sini....waahhh ngancam betul kek DJ ni...tergoda la! Must try ni..:D

dayang_jack said...

@AZLINA

w'salam...trm ksh yer sudi dtg. Tu ler psl...si Rosalinda siap ajak menari lagi tuh...hehe.

slmt mencube yer. tq

CekWa said...

mesti sedap!

dayang_jack said...

@CekWa

InsyaAllah, sedaaapp!

wanas said...

nak tanya..kertas minyak tu cam ner yea.yg warna coklat tuk balut buku tu ke?tq