Tuesday, May 11, 2010

Udang Goreng Planta


Salam...

Hari ni tuan rumah sempat masukkan satu lagi resepi udang untuk dikongsikan bersama. Tapi tak sempat nak membebel atau nak cerita panjang2 yer sb buat masa ni tengah sibuk dgn urusan lain. Terima kasih pd yg sudi bertandang ke sini. Jika ada kesempatan nanti, dyg akan reply mesej dan komen anda. Thanks a lot.
 
Udang Goreng Planta

Bahan-bahan :
  • 500 g udang segar (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 sb planta
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • garam dan sedikit gula
  • 1 tangkai daun kari
  • 2-3 batang sayur buncis / asparagus (dihiris menyerong)
  • 4 sb santan
Cara-cara :
  1. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak di dlm kuali. Kemudian goreng udang sehingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan planta dan tumis bawang putih, halia, bawang besar dan daun kari sehingga naik bau. 
  3. Masukkan cili api, sayur buncis/asparagus dan sedikit air. Goreng hingga hampir masak. Kemudian, masukkan udang dan santan. Gaulkan. Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Setelah masak, hidangkan panas2.

simple but very delicious!

6 comments:

Eliza said...

salam dayang. wah...cantiknya rumah baru awak. sejuk mata yg memandang.

fifiey2000 said...

hai...nak tanya awak guna templete design
by Josh Peterson ke ?
tapi why lah saya till now tak leh buat guna dr Josh Paterson tu ? can u help me ?

idah @mama izzya said...

alamak sedap plk udang..walaupun simple tp mmg nampak delicious..aiyaa dah la pose ni..tergugat betul...huhuhu

dayang_jack said...

@Eliza

w'salam...tq kak. best kan dpt tengok resepi sambil2 tengok hijau...hehe... ;)

dayang_jack said...

@fifiey2000

yup...guna template die. boleh ekses ke link ni yer. http://bloggerindraft.blogspot.com/2010/03/blogger-template-designer.html

lepas tu apply Blogger in Draft kat blog sendiri. gud luck!

dayang_jack said...

@idah @mama izzya

haa...kene cepat2 buat tu tau...simple jek resepi ni...tp bila makan gerenti nk menambah...hehe