Monday, May 24, 2010

Ikan Kicap Harum



Bahan-bahan :
  • 7-8 ekor ikan segar (kembung/kerisi/mabong/tenggiri dsb) -digaul dgn garam dan serbuk kunyit dan digoreng hingga masak)
  • 2 sb cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1/2 inci lengkuas (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 sb kicap pekat
  • kicap manis secukupnya
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
 Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga terbit bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan kicap pekat, daun limau purut dan air secukupnya. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
  3. Kemudian masukkan ikan, kicap manis, asam gelugur dan cili merah. Gaul2kan. Perasakan dgn garam dan sedikit gula jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan tomato. Hidangkan setelah masak.
***bahan2 spt bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas boleh juga ditumbuk atau dikisar.

1 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi my dear! hru doing there???

Wow, I can smell the fish all the way in Klang...hehe! Looks terribly delicious dear! Unfortunately I don't cook fish much as I hate the raw smell b4 it's cooked. Heheeee ;)

Always ask my mum to cook it for me!
Brought over some cornflakes chicken and pengat pisang panas2 for U! (blm masuk n3 pun)!