Saturday, March 13, 2010

Potato Wedges


Salam Sabtu.....

Kembali bersiaran....terlebih dahulu seperti biasa, tuan rumah ingin meminta maaf byk2 sb terlambat nak reply mesej serta komen anda semua....hari ni barulah ada kesempatan nak kemaskini n3 yg asyik2 tertunggak disebabkan kebizian yg melampau2..hehe (mcm ler busy sgt...hehe)...apa2pun, trm ksh yer kerana sudi singgah...sekurang2nya ada gak yg tolong tengok2kan rumah ni...Kak Zila66 contohnya, boleh jadi 'Mak Guard' tu...setiap masa dtg mengawasi rumah ni...ekeke...jangan marah yer kak, sebenarnya, dyg sgt2 berterima kasih kpd akak krn tak jemu2 datang ke sini dan tak jemu2 mencuba resepi2 dyg sejak dulu2 lagi...psstt!..teringat dyg akan ayam goreng berlada hitam tu yg hampir setiap hari akak memasaknya demi anak2...hehe...

Oklah, n3 ni sepatutnya dyg post hari Khamis lepas tapi memandangkan si Princess tak sihat, dyg tangguhkan dulu. Hari ni barulah dapat post. 

Sangat rangup kentang ni tau...guna tepung tempura. Hanya perlu celupkan saja ke dalam tepung tu dan goreng sehingga keemasan. Memang sedap cecah dgn sos cili dan mayonis....krap! krup! krap! krup!....tak sedar pinggan dah licin....hehe....


Resepinya sangat mudah. Tapi kalau tak ada tepung tempura yg instant tu, boleh juga buat sendiri. Cuma perlu mix kan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, garam, gula, lada sulah/serbuk lada hitam, air sejuk dan telur(jika perlu). Pastikan batter betul2 sejuk. Lepas tu bolehlah celupkan kentang tadi dan goreng seperti biasa.

Bahan-bahan :
  • kentang secukupnya (dipotong wedges)
  • tepung tempura
  • air sejuk secukupnya
  • sos cili dan mayonis
Cara-cara : satukan air sejuk bersama tepung. Kacaukan sebati. Kemudian, ambil kentang yg sudah dipotong dan celupkan ke dalam adunan/batter  tadi. Gorenglah hingga keemasan. 

No comments: