Sunday, March 21, 2010

Nasi Goreng Sosej



Sarapan tadi selain roti bakar, dyg sempatlah menggoreng nasi kegemaran seisi keluarga ni. Ringkas dan senang jer nak prepare. Tak payah pening2 kepala dah nak goreng macam mana. Stok nasi yg dimasak mlm tadi syg pulak kalau tak dihabiskan. Walaupun tak banyak, tapi cukuplah utk kami sekeluarga. Anak2 lak pantang nengok. Sekali hadap jer dah licin. Sangat sedaaap!



Resepi nasi goreng ni adalah kesinambungan resepi nasi goreng mentega dyg yg agak popular gaklah dlm kalangan masyarakat MYR nun satu ketika dulu (tahun lepas)..hehe. Itulah pertama kalinya dyg menyumbang resepi (Nasi Goreng Mentega) kalau tak silaplah...Alhamdulillah, ramai gak yg suka resepi ni. Terima kasih banyak2 yer. 



Walaupun nasi goreng ni agak ringkas tapi boleh tahan sedapnya. Belum cuba belum tahu. Amat sesuailah bagi mereka2 yg nak memasak secara ekspress dan sesuailah dimakan pd  bila2 masa shj. Kalau nak hidang bersama lauk sampingan pun boleh mengikut keselesaan masing2. 

Bahan-bahan : (2-3 orang makan)
  • 2 pinggan penuh nasi sejuk
  • mentega secukupnya (marjerin pun boleh)
  • sedikit sayur campur
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • hirisan sosej secukupnya
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega/marjerin di dlm kuali. Masukkan nasi. Kacau rata2.
  2. Kemudian masukkan sayur campur, lada sulah, garam dan telur. Gaulkan.
  3. Akhir sekali masukkan sosej. Kacau lagi hingga masak.
  4. Hidangkan panas2.

4 comments:

fitri oh fitri said...

bestnya, nk sket. haha




http://fitridzulkifli.blogspot.com

Sharinginfoz said...

sedapnya.... lapar tengok tu..

Jom Menyelam

Tak Ada Duit???

CikLilyPutih said...

sedapnya

fuzidss said...

Dayang... best tu sebabnya ada kelainan tuuuu